Blog ini milik aku iaitu Seimura. Blog khas untuk penulisan kreatifku yang tak berapa nak kreatif sangat. Semua cerita adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati kecuali pada label 'kisah silam'.

Thursday, April 1, 2010

Their Life

Pagi masih dingin. Haziqah bersiap-siap untuk ke pejabat. Sedang dia mengemas mejanya, satu kad nama terjatuh. Lantas Haziqah mengutipnya. Kad nama yang telah diberi Tiara malam tadi. Tiara menyatakan hujung minggu ini syrikat tempat dia bekerja akan adakan majlis makan malam di hotel lima bintang dan mengajak Haziqah untuk menemaninya. Haziqah keberatan untuk menolak tapi mulut kata setuju.

Haziqah mengunci pintu rumah dan disapa seseorang. "Hai Cik Ika. Selamat pagi." Haziqah menoleh dan berjalan menuju ke pagar. "Assalamualaikum Encik Aiman, selamat pagi juga." Haziqah memberi salam sebagai tanda memerli Aiman yang terjerit tanpa ucap salam.

"Err..waalaikumussalam. Seorang je hari ini? Ain mana? Ohhh kalian gaduh ye?" Aiman bertanya sambil jari telunjuknya bermain-main depan muka Haziqah.

"Kau sibuk apasal? Tepilah!" Haziqah menolak Aiman lalu mengunci pagar rumahnya.

"Mak oiii garangnya kau Ika. Tak padan perempuan. Hensem dan ceria sungguh hari ni. Ehem? Dapat awek baru ke? Kongsi la bro." Aiman masih cuba bergurau dan mengambil hati Haziqah. Nampaknya mood Haziqah kurang baik pagi ini.

"Malas layan kau. Aku nak pergi kerja." Haziqah tidak mempedulikan gurauan Aiman dan terus berlalu. Aiman lantas menarik lengan Haziqah dengan keras sambil berkata tegas, "Nanti dulu!" Haziqah terdorong ke belakang dan cuba melepaskan lengannya. "Apa ni pegang-pegang?! Nak cakap, cakap je lah. Tumbuk kang baru tau!" Haziqah mula naik angin.

"Kau kenapa pagi-pagi ni nak marah-marah. Aku tegur kau baik-baik kau jangan lah balas kasar-kasar." Aiman menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

"Oh yeah? Oh aku tak perasan. Minta maaf banyak-banyak. Aku nak cepat ni. Kita berbual lain kali ye? Babai." Tanpa buang masa Haziqah terus berlari meninggalkan Aiman. 'Ceh melarikan diri pula dia.' Kata Aiman dalam hati.



**********


Kotak hadiah yang berbalut kemas itu masih dibelek-beleknya. Dia kebingungan. Siapakah pemberi misteri ini? Entah-entah bom kot? Tiara membuka dengan berhati-hati. Hatinya berdebar-debar. Kotak dibuka perlahan-lahan. Sehelai kain selendang dan sehelai tudung yang cantik beserta kerongsang terdapat dalam kotak itu. Tiara terkaku sebentar. Termenung kosong.

Mungkin sudah tiba waktunya aku berubah? Tiara bertanya dalam hati. Sekeping nota terselit di celah lipatan selendang. Tiara mengambil dan membacanya.

Semoga dalam rahmat Allah selalu.

Ringkas dan tanpa nama pengirim. Tiara masih bingung tetapi tidak pula melenting. Mungkin kerana nota itu satu bentuk doa dan tiada nasihat panjang berjela-jela maka dia lebih tenang. Cuma berasa pelik kerana hari lahirnya tiga bulan lagi. Hadiah sempena apakah ini?

Tiara malas untuk teru memikirkannya. Dia menyambung kerjanya. Baru tadi dia menerima panggilan telefon seorang pelanngan yang mahukan khidmatnya sebagai pereka pakaian untuk majlis resepsi. Dia terus melakar secara kasar pakaian mengikut citarasa pelanggan tadi. Pada waktu ini Tiara memang tidak boleh diganggu oleh sesiapa.


bersambung...

No comments: