Blog ini milik aku iaitu Seimura. Blog khas untuk penulisan kreatifku yang tak berapa nak kreatif sangat. Semua cerita adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati kecuali pada label 'kisah silam'.

Tuesday, April 6, 2010

Sehangat Angin Aswan 2

“Mak saya pesan, jangan suka tilik jari orang walaupun kamu ada kebolehan describe seseorang berdasarkan jari-jemarinya” dia bercakap dengan nada gurau bercampur sinis.

“Siapa kata saya tilik jari kamu? Saya tak buat apa-apa.” Aku cuba berdalih padahal sebenarnya aku dah rasa sangat malu dia perasan aku perhatikan jari-jarinya ketika dia sibuk bercerita tadi. Temannya yang berada di sebelah juga turut gelak sinis.

“Hahaha. Ye lah tu..” dia gelak. Manis. Oh aku pasti aku telah terpikat pada gadis ini.

“Raihana! Suria! Cepat sikit, kita dah lambat ni.” Kedengaran seorang temannya menjerit suruh cepat. Mereka akan pulang hari ini. Sudah ada kenderaan menunggu. Aku pula akan pulang dua hari lagi.

“Muhammad Azmi, permisi dulu ya pak. Moga ketemu lagi lain kali. Assalamualaikum.” Dia bercakap loghat Indonesia pula, tak janggal kedengaran.
Aku pun membalas,

“Baik buk Nur Raihanah. Waalaikumussalamuwarahmatullah.”

Ya. Kita pasti akan ketemu lagi. Insya-Allah.


********


“Jauhnya menung cik abang oi. Teringatkan siapa pula? Ehem, ehem.”

Satu suara menyapa mengejutkanku dari lamunan. Aku membalas, “Tak ada apa la sayang, Cuma teringat kenangan silam di bumi Aswan ini beberapa tahun dahulu.” Aku mengenyitkan mata pada si dia.

“Oh, kenangan yang mana satu tu? Ada banyak kan? Haha.” Dia menghampiri lantas duduk di sebelahku, memaut lenganku.

“Semua. Terutama kenangan di mana seorang gadis berlagak betul tak mahu ditolong bila terjatuh dari unta. Hehehe..” aku sengaja mengusiknya. Satu cubitan singgah di lenganku. “Aduh, sakit la. Tak baik tau.” Aku mengada-ngada pura-pura sakit.

“Dia tu yang tak baik, cerita semula kisah silam yang memalukan itu. Tak mahu kawan.” Merajuk pula dia. Atau pura-pura merajuk agaknya supaya aku pujuk dia. Masih seperti dulu.

“Ok abang minta maaf la sayang, kan gurau-gurau je. Eh jom la balik. Nak dekat senja ni. Nanti isteri abang yang manis ini diculik jin pula.” Aku sempat bergurau lagi walaupun aku memujuk awalnya.

Kami berjalan pulang ke penginapan. Aswan walaupun panas tapi amat cantik pemandangan dan landskapnya. Dan Aswan juga menyimpan banyak cerita aku dan dia. Raihana, tidak kusangka dapat memilikimu. Syukur pada-Mu Ya Allah kerana menemukan kami. Moga hubungan ini berkekalan hingga ke syurga dan sentiasa berada dalam redha-Mu Ya Allah. Amin.

Sunday, April 4, 2010

Sehangat Angin Aswan


Kelihatan beberapa orang gadis sedang asyik bergambar sambil bergelak tawa. Salah seorang daripadanya seperti pernah ku lihat sebelum ini tetapi di mana ya? Aku mengamati dari jauh. Oh aku rasa aku memang cam dia ini. Tapi mengapa pakaiannya berbeza? Setahu aku dia pakai jubah, tudung labuh dan berniqab lagi. Tetapi kali ini dia berseluar jeans, t-shirt lengan panjang dan bertudung bawal.
 
Tiba-tiba gadis itu meninggalkan kumpulannya. Oh mahu jawab panggilan telefon rupanya. Aku memberanikan diri mendekatinya. Setelah dia habis berbual dalam telefon, aku menyapanya dengan memberi salam.

"Assalamualaikum ustazah."

Dia menoleh dan agak terkejut melihatku tapi dia kelihatan tenang. "Waalaikumussalam." Dia menjawab salamku. 

"Buat apa di sini? Bercuti ke?" tiba-tiba aku bertanya ramah. Sebenarnya aku mahu tanya namanya siapa. Aku bukan tahu, cuma pernah nampak sahaja. Aku yakin dia satu tempat belajar dengan aku.

"Emm haah. Lebih kurang lah. Ustaz buat apa pula di sini? Bercuti juga kah?"  dia pula bertanya padaku.

“Ya, jalan-jalan. Hmm ustazah ni nama siapa?” aku menanya namanya dan aku harap dia tidak berdalih dan menjawab dengan jujur.

Dia mengerutkan kening memandangku? Aku silap cakapkah? Aku masih diam menunggu jawapan.

“Emm. Raihana. Ada apa-apa lagi nak tanya?” soalnya agak jengkel dengan kehadiran dan soalanku barangkali. Mungkin dia mula rasa tidak senang dan mahu mengelak atau melarikan diri. Tapi aku memang benar-benar mahu tanya banyak lagi. Cuma aku perlu menyusun dan mengatur soalan apa yang perlu dilontar terlebih dahulu.

“Dah ke belum? Lamanya fikir?” gadis ini memerli aku. Aku tidak perasan pula aku diam agak lama. Ah tanya sahaja lah banyak sekaligus. 

“Datang sini dengan siapa? Siapa yang bawa? Menginap di mana? Dah berapa hari di sini?” bertalu-talu ku ajukan soalan. Sebenarnya ada lagi yang mahu ku tanya tapi khuatir dia tidak dapat menjawab dengan teratur pula. Aku tunggu dia habis jawap dahulu baru ku ajukan soalan lain.

“Ustaz tak perlu tahu semua itu. Ok lah saya harus pergi sekarang.” 

“Nanti dulu. Saya tahu ustazah datang sini secara underground kan? Nak saya adu pada DPM ke supaya mereka ambil tindakan ke atas ustazah.” aku terpaksa berkeras seraya mengugut agar dia boleh beri kerjasama dengan menjawab jujur soalan-soalan aku. Aku bukan mahu menghentamnya tapi sekadar mahu tahu bagaimana dia datang ke tempat sejauh ini dengan berpakaian begini.

“Oh ustaz ugut saya? Adu lah pada DPM. Laporkan sahaja kepada mereka. Saya tak takut.” Ujarnya dengan penuh angkuh sambil menjeling tajam ke arahku.

“Ustazah jangan cabar saya..” aku juga tidak mahu mengalah. Perempuan ini tidak rasa bersalah langsung dan perlu diajar agar lebih hormat kaum bukan sejenisnya bila berinteraksi.

“Saya peduli apa ustaz rasa tercabar ke apa ke. Ada saya susahkan hidup ustaz? Ada saya kacau hidup ustaz?” dia semakin galak memprovok aku. Aku perlu lebih bertenang berhadapan orang seperti ini yang kelihatan sangat degil dan keras kepala.

“Baiklah. Saya minta maaf kalau ustazah rasa saya mengugut ustazah. Bukan niat saya. Tapi menjadi tanggungjawab saya juga sebagai siswa yang setempat dengan ustazah untuk mengambil berat siswi yang berjalan jauh dari tempat belajar kita.” aku lebih berdiplomasi kali ini. Mudah-mudahan beliau juga lebih bertenang dan tidak sangka yang bukan-bukan terhadap aku. Mungkin dia menyangka aku benar-benar mahu adu pada DPM.


“Saya minta maaf juga kerana agak biadap. Terima kasih atas prihatinan itu. Ya benar saya datang secara underground tapi janganlah ustaz risau. Kawan-kawan saya semua boleh dipercayai. Saya memang teringin sangat berjalan dan melancong ke Aswan. DPM setakat ini belum pernah menganjurkan jaulah hingga ke Aswan. Kalau nak tunggu DPM, sampai habis belajar la saya tak akan merasa jaulah ke Aswan. Jadi memaksa saya untuk pergi sendiri secara underground. Tapi kalau DPM anjurkan pun, saya malas nak join, tak bebas sangat. Lebih baik pergi sendiri, puas hati.” Dia menerangkan panjang lebar.

“Maksud ustazah tak bebas berpakaian seperti ini?” soalku berani. 

“Kenapa? Ustaz ada masalah dengan pakaian saya? Bukan dedah aurat pun.” Dia mempertahankan diri dengan hujahnya. Aku sebenarnya tidak bermaksud mahu perli pakaiannya tetapi kurang jelas dengan perkataan ‘bebas’ yang diungkapkannya tadi. Bebas dari segi apa? Pergaulan kah?

Seolah-olah tahu apa yang bermain di fikiranku, dia berkata lagi, “Maksud saya bebas itu adalah tidak terikat dengan schedule dan tidak terkejar-kejar untuk pergi ke satu-satu tempat. Pergi sendiri lebih santai dan tidak perlu menunggu semua orang berkumpul baru bergerak. Bila pergi ramai-ramai ni faham-faham sahajalah. Banyak sangat ragamnya. Saya pentingkan keselesaan.”

Akhirnya aku mengerti. Bukan semua orang selesa berjaulah ramai-ramai dengan menaiki bas dan rasa menyusahkan lagi ada apabila sebahagian siswa atau siswi bermasalah terutama lambat dan leceh. Aku juga kadang-kadang merasakan begitu tetapi aku tidak kisah. Kaum hawa ini memang kompleks, ada sahaja benda yang tak berkenan di hati.

Dia meminta izin untuk pergi apabila mendapat satu panggilan telefon. Barangkali salah seorang dari rakan jaulahnya. Aku sempat berpesan agar jaga akhlak dan maruah termasuk juga pakaiannya. Mudah-mudahan dia mendengar nasihatku. Aku sudah menunaikan tanggungjawabku untuk menegurnya. Selebihnya aku berserah kepada Allah. Dan aku juga masih perlu perbaiki diri. Moga Allah membantu hamba-Nya yang lemah ini. Amiiinn.

Thursday, April 1, 2010

Bukan Paksaan

"Amboi, amboi. Lamanya depan cermin? Haha". Ain mengusik Haziqah. Senang hati dengan perubahan rakannya. Tiada lagi umpatan orang yang mengatakan mereka lesbian. Tetapi Ain tidak pernah kisah dengan penampilan Haziqah sebelum ini. Cuma dia tidak sangka, Haziq yang kacak telah berubah jadi Haziqah yang manis dan ayu.

"Alah kau tu. Lagi lama bila mengadap cermin. Eh dah lah jom lah. Nanti lewat pula sampai rumah Tiara." Haziqah menggesa Ain suruh cepat. Ain menurut sahaja dan mereka sama-sama keluar dari rumah.

"Maaf la Aiman, tuan puteri ni bersiap lama sangat la. Penat dayang menunggu." gurau Ain sambil melirik pada Haziqah. Haziqah bermuka selamba.

"Tak pe lah Ain. Hamba faham." gurau Aiman pula sambil mengenyit mata pada Haziqah. Lantas mereka bertiga sama-sama tertawa. Mereka sama-sama masuk ke dalam kereta milik Aiman.




***********



Suasana sungguh meriah di rumah Tiara. Ramai betul tetamu yang datang. Haziqah masuk ke dalam rumah dan bersalaman dengan keluarga Tiara. Ibu Tiara membawa Haziqah masuk ke bilik pengantin.

"Assalamualaikum Tiara." Haziqah menyapa sopan.

"Waalaikumussalam. Haziq? Eh salah. Haziqah. Kau datang juga akhirnya". mereka bersalaman dan berpelukan.

"Mesti lah datang. Wajib ni. Hehe." jawab Haziqah.

"Wow! Kau memang cantik Haziqah. Baju ni kena dengan kau. Nasib baik badan kau tak menggemuk. Hehe."  gurau Tiara. Mereka tertawa.

"Hey tapi tak boleh lawan la dengan pengantin. Pengantin jauh lebih cantik seribu kali ganda. Haha." Haziqah membalas gurauan Tiara.

Sesungguhnya tiada apa yang lebih menggembirakan hati dua sahabat ini melainkan pertemuan yang indah dan penuh ceria. Semoga persahabatan ini berkekalan dan diredhai oleh Allah. Amiin..





Tamat

Kejar Misi Mu

Yes! Akhirnya!

Haziqah menarik nafas lega. Tugasnya sudah siap dan hanya tinggal dicetak. Dia memindahkan fail kerjanya tadi ke pendrive untuk diserah kepada Ain yang bertanggungjawab di bahagian cetakan dan terbitan. Jam menunjukkan pukul 6 petang. Dia ingin segera pulang tetapi di luar hujan lebat pula. Maka terpaksalah dia menunggu di pejabat sehingga hujan reda.

Jam 8 malam barulah Haziqah keluar dari pejabatnya. Tiba di satu lorong, dia ditarik seseorang sambil dipegang kedua tangannya. Seorang penjenayah mengacu pisau di mukanya. Haziqah cuba bertenang.

"Bagi cepat semua harta kau! Duit, handphone dan apa-apa sahaja yang bernilai! Cepat!" Arah si penjenayah dengan kasar.

"Ok tapi lepaskan tangan aku dulu." Haziqah menjawab dengan tenang. Penjenayah melepaskan tangan Haziqah. Tanpa buang masa Haziqah menyiku dagu penjenayah tersebut dan menendang kemaluannya. Segala ilmu pertahankan diri yang dia ada digunakan untuk membelasah penjenayah terbabit. Semasa penjenayah masih mengerang kesakitan Haziqah lekas-lekas membuka langkah seribu kerana khuatir geng lain sampai.

Oh aku tidak mahu lalu di kawasan ini lagi pada waktu malam. Kata Haziqah dalam hati sambil berlari. Dia rasa menyesal kerana melalui lorong sunyi itu. Fikirnya mahu cepat sampai tapi bencana lain pula menimpa. Tiba-tiba dia teringatkan pesan Aiman tidak lama dulu;

"Kau jangan selalu balik lewat seorang diri Ika. Bahaya. Walaupun kau ada silat dan karate tapi malang tu tak berbau. Kita kena hati-hati dan waspada."

Oh Aiman aku menyesal tak ikut cakap kau.


*****************



"Tiara??"

Haziqah tercengang. Benarkah ini Tiara? Di hadapannya seorang gadis cantik bertudung dan berbaju kurung. Tiada lagi skirt, blouse dan scarf. 

"Hish kau jangan la terkejut sangat. Manusia kan boleh berubah cuma cepat atau lambat sahaja. Amacam penampilan terbaru aku? Lawa tak? Sopan tak? Hehe." Tiara memusing-musing badannya di hadapan Haziqah.

"Lawa. Lawa sangat Tiara. Cantik." Puji Haziqah ikhlas. Sememangnya Tiara memang cantik. Keturunan Arab lah katakan. 

"Haziq, aku ada hadiah untuk kau, ada dalam paper bag ni. Dan juga, kad jemputan kahwin aku lah. Hihi. Kau jangan tak datang tau". kata Tiara sambil hulurkan beg kertas. Sebelum ini Tiara telah ceritakan pada Haziqah yang dia bakal berkahwin cuma tak pasti lagi bila tarikhnya. 

"Kau ni susah-susah je bagi hadiah. Terima kasih. Insya Allah aku datang." ujar Haziqah sambil menerima beg kertas yang dihulur Tiara. Mereka berpelukan mesra. Tanpa disedari kedua-duanya menitiskan airmata.



*********

Haziqah mengesat airmata. Teringat bagaiamana terjadi perkenalan dengan Tiara dan masa begitu pantas berlalu. Esok hari persandingan Tiara dan dia perlu menhadirkan diri. Dia membaca warkah ringkas Tiara yang berbunyi;

Haziqah Affini, aku harap kau dapat pakai baju ini beserta tudungnya di majlis aku nanti. Aku reka khas untukmu. Semoga dalam rahmat Allah selalu. yang menyayangimu, Sharifah Tiara Aidalina.

Beberapa hari kebelakangan ini sudah ada perubahan besar buat Haziqah. Sudah memakai tudung walaupun masih memakai kemeja dan seluar. Perubahan yang bukan atas desakan sesiapa tetapi kerana diri sendiri yang mahu berubah.

bersambung...


Their Life

Pagi masih dingin. Haziqah bersiap-siap untuk ke pejabat. Sedang dia mengemas mejanya, satu kad nama terjatuh. Lantas Haziqah mengutipnya. Kad nama yang telah diberi Tiara malam tadi. Tiara menyatakan hujung minggu ini syrikat tempat dia bekerja akan adakan majlis makan malam di hotel lima bintang dan mengajak Haziqah untuk menemaninya. Haziqah keberatan untuk menolak tapi mulut kata setuju.

Haziqah mengunci pintu rumah dan disapa seseorang. "Hai Cik Ika. Selamat pagi." Haziqah menoleh dan berjalan menuju ke pagar. "Assalamualaikum Encik Aiman, selamat pagi juga." Haziqah memberi salam sebagai tanda memerli Aiman yang terjerit tanpa ucap salam.

"Err..waalaikumussalam. Seorang je hari ini? Ain mana? Ohhh kalian gaduh ye?" Aiman bertanya sambil jari telunjuknya bermain-main depan muka Haziqah.

"Kau sibuk apasal? Tepilah!" Haziqah menolak Aiman lalu mengunci pagar rumahnya.

"Mak oiii garangnya kau Ika. Tak padan perempuan. Hensem dan ceria sungguh hari ni. Ehem? Dapat awek baru ke? Kongsi la bro." Aiman masih cuba bergurau dan mengambil hati Haziqah. Nampaknya mood Haziqah kurang baik pagi ini.

"Malas layan kau. Aku nak pergi kerja." Haziqah tidak mempedulikan gurauan Aiman dan terus berlalu. Aiman lantas menarik lengan Haziqah dengan keras sambil berkata tegas, "Nanti dulu!" Haziqah terdorong ke belakang dan cuba melepaskan lengannya. "Apa ni pegang-pegang?! Nak cakap, cakap je lah. Tumbuk kang baru tau!" Haziqah mula naik angin.

"Kau kenapa pagi-pagi ni nak marah-marah. Aku tegur kau baik-baik kau jangan lah balas kasar-kasar." Aiman menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

"Oh yeah? Oh aku tak perasan. Minta maaf banyak-banyak. Aku nak cepat ni. Kita berbual lain kali ye? Babai." Tanpa buang masa Haziqah terus berlari meninggalkan Aiman. 'Ceh melarikan diri pula dia.' Kata Aiman dalam hati.



**********


Kotak hadiah yang berbalut kemas itu masih dibelek-beleknya. Dia kebingungan. Siapakah pemberi misteri ini? Entah-entah bom kot? Tiara membuka dengan berhati-hati. Hatinya berdebar-debar. Kotak dibuka perlahan-lahan. Sehelai kain selendang dan sehelai tudung yang cantik beserta kerongsang terdapat dalam kotak itu. Tiara terkaku sebentar. Termenung kosong.

Mungkin sudah tiba waktunya aku berubah? Tiara bertanya dalam hati. Sekeping nota terselit di celah lipatan selendang. Tiara mengambil dan membacanya.

Semoga dalam rahmat Allah selalu.

Ringkas dan tanpa nama pengirim. Tiara masih bingung tetapi tidak pula melenting. Mungkin kerana nota itu satu bentuk doa dan tiada nasihat panjang berjela-jela maka dia lebih tenang. Cuma berasa pelik kerana hari lahirnya tiga bulan lagi. Hadiah sempena apakah ini?

Tiara malas untuk teru memikirkannya. Dia menyambung kerjanya. Baru tadi dia menerima panggilan telefon seorang pelanngan yang mahukan khidmatnya sebagai pereka pakaian untuk majlis resepsi. Dia terus melakar secara kasar pakaian mengikut citarasa pelanggan tadi. Pada waktu ini Tiara memang tidak boleh diganggu oleh sesiapa.


bersambung...

Pertemuan Yang Amat Manis

Haziqah duduk merenung laptop di mejanya. Fikirannya kusut. Banyak lagi kerja design yang belum siap. Telefon bimbitnya berdering. Dia menjawab panggilan dengan malas.

" Hello... "

" Hello Haziq, malam ni aku tak balik tau. Nak buat overtime. Tidur office. Kau jaga diri tau sorang-sorang tu. Tata. Muah. Sayang kau. "

Panggilan dimatikan tanpa sempat Haziqah berkata apa-apa. Dia merenung skrin telefon bimbit sambil berkata dalam hati, ' Kau ni Ain, tak payah lah workaholic sangat. Hek eleh '. Dia melihat jam di tangannya. Tepat jam 8 malam. Dia teringat perempuan bengis yang berlanggar dengannya pagi tadi. Cantik, tinggi macam model tapi panas baran pula. 

Haziqah berkira-kira dalam hati, bila nak ke Mid Valley. Lewat-lewat sangat nanti tiada bas pula nak balik rumah. Ah, pergi sekarang lah.



*****************************




Tiara masih berdiri di luar KFC. Kali ini pakaiannya simple sahaja. Blouse lengan panjang dipadankan bersama seluar slack. Rambut diikat kemas. Masih menunggu seseorang.

" Assalamualaikum. Lama ke tunggu? ". Haziqah menyapa. Tiara menoleh dan memandang Haziqah atas bawah. Berseluar jeans, t-shirt dan bersarung sweater beserta hood. Kali ini tidak memakai topi pula. Rambut tersisir rapi, halus dan lurus. Sekali pandang memang macam budak lelaki umur 16 tahun.

" Waalaikumussalam. Tak la lama sangat. Kenalkan. Aku Tiara ". Ujar Tiara sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Huluran tangan Tiara disambut. " Aku Haziqah. Orang panggil Haziq je. Selamat berkenalan ".

Tiara tersenyum dan rasa mahu gelak. Haziqah? Haziq? Konflik identiti kah ini? Muka kacak pula tu. Tiara mengajak Haziqah ke tempat makan. Sambil berjalan mereka bersembang-sembang.

" Umur berapa? ". Soal Tiara.

" 23 ". Jawab Haziqah ringkas.

" Hah? Betul ke 23 ni? Tipu lah ". Tiara terkejut hingga membeliakkan mata.

" La.. tak kan nak tipu. Nak tengok ic aku ke? ". Haziqah menyeluk kocek seluarnya mencari dompet. 

" Ok, ok aku percaya. Umurku 26. Tak perlu panggil aku akak. Kita berbual aku kau je ". Tiara mengangkat kening.

" Oh ok. Tak ada hal. Ni nak belanja makan ke apa? ". Haziqah pula mengangkat kening.

" Belanja ye? Boleh tapi dengan satu syarat ". Tiara tiba-tiba dapat satu akal untuk mengenakan Haziqah.

" Hek eleh, syarat pula. Apa dia? ". Haziqah macam kurang berminat.

" Jadi pacarku. Heheheh". Tiara letak tangan di bahu Haziqah sambil kelip-kelipkan mata.

" Hoh?! ". Haziqah pura-pura terkejut dengan permintaan itu walaupun dia tahu Tiara hanya bergurau.

" Hahahaha. Main-main je. Tak ada syarat lah. Aku ikhlas ni belanja. Jom". Tiara menarik lengan Haziqah masuk ke kedai makan.

Mereka berborak panjang sambil menikmati hidangan. Pada malam itu, satu ikatan persahabatan telah terjalin antara dua hati.

bersambung lagi.. hihi...

Kau Dan Aku Berbeza Tetapi Hatiku dan Hatimu Sama

Ini sangat membencikan!

Tiara membentak dalam hati. Marah betul dia apabila melihat kainnya terkena percikan lecak. Dia mula terfikir-fikir, sejak bila ada kotoran ini? Kenapa dari tadi tak perasan? 'Oh jatuhlah imejku sebagai gadis vouge lagi gorgeus ini.' Katanya dalam hati.

Tiba-tiba...

Bedebuk!!

Tiara dilanggar seseorang. Seorang budak mentah kelam kabut mengutip buku-bukunya yang bertaburan di lantai.

" Maaf kak, saya tak sengaja. Sakit ke kak? Maaf. " Ucap si budak mentah dengan penuh rasa bersalah sambil memegang tangan Tiara.

" Hey jangan pegang aku lah! " Tengking Tiara sambil menepis kasar tangan budak tadi. " Jalan mata pandang depan, jangan melilau! Kau ni rosakkan mood aku je lah!". Tiara menengking lagi. Semua mata tertumpu pada mereka berdua.

" Maaf, saya akan lebih berhati-hati lain kali"

" Maaf, maaf. Cakap senang la. Kau ni mak bapak tak ajar ke jalan sopan santun dan hati-hati?"

" Helo kak?! Saya dah minta maaf ni kira untung lah. Akak tu tadi yang jalan tak tengok orang. Sibuk tengok skirt. Sepatutnya akak yang minta maaf, bukan saya".

Tiara tersentap. Berani betul budak ini melawan. Dia merenung mata budak itu. Dan melihat pakaiannya. Sempoi berkemeja, seluar dan topi. Sebenarnya sejak tadi Tiara musykil, budak ini lelaki ke perempuan. Gaya seperti lelaki tapi suaranya tak garau pula. Lebih-lebih lagi ketika tinggikan suara tadi, kedengaran nyaring. 

" Siapa nama kau? ". Tiara kembali bersuara setelah terdiam sebentar tadi.

" Aik? Tanya nama pula. Kenapa? Nak adu ke balai polis ke? ". Soal si budak dengan nada mengejek.

Tiara mendekati budak itu. Memerhati tepat ke matanya. Kemudian memeluk bahunya seraya berbisik sesuatu di telinganya,

" Malam ini jumpa aku di KFC Mid Valley, ada sesuatu aku nak cakap. Kau mesti datang budak ". Tiara terus meninggalkannya terpinga-pinga.


bersambung.... kui kui kui...

Aku Anak Abah

Kisah benar ini berlaku pada tahun 2003 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar (SMKABP), Kota Tinggi, Johor.

Wow! Akhirnya aku masuk form six kat sekolah ini! Yes! At least aku tak kena ambil STAM dan paling penting dapat memboloskan diri dari Maahad Johor durjana itu! Kah kah kah kejamnya ayat aku! Tak baik lah. Ok tarik balik word durjana. Aku tukar, Maahad Johor Syurgawi. Cehh lagi poyo tu.

Hey tak sangka la ada juga bekas-bekas budak sekolah arab kat sini. Geng Maahad Pontian. Hohoho. Mereka tak masuk Maahad Johor sebab tak mahu ambil STAM. Aku pun tak mahu masuk MJ tapi dipaksa oleh abah. Apa boleh buat. Aku kan anak yang baik lagi taat? Uwekkk muntah hijau..

So far best juga sekolah ni. Landskap cantik betul. Ahli dorm semua baik-baik dan ramah belaka walaupun aku budak baru. Makan? Ala macam biasa la style asrama, ada menu berlainan setiap hari di dewan makan. Dewan makan ada, kantin yang kena bayar pun ada. 

Kurang seminggu aku bersekolah di situ, aku dapat satu surat daripada abah. Pos laju siot. Sampul A4 beb. Aku buka. Surat dari abah ada dua helai (seperti biasa, ia ditaip). Lagi satu. Hah? Surat tawaran masuk MARSAH? Sukacita dimaklumkan saudari berjaya bla bla bla.. Sila mendaftar pada 3 Mei 2003 bla bla bla. Wo! Sebenarnya aku dah suka dengan sekolah ini dan berazam nak ambil STPM. Adoii. Aku pun baca surat abah pula.

Isk isk... aku mula mengalirkan airmata. Ayat abah dalam surat mesti syahdu dan menyentuh jiwa. Sejak aku kat SMAKJ lagi. Abah memang suka bagi ayat-ayat yang buat aku rasa sedih lagi bersalah. Cehh. Antara ayat abah yang paling syahdu dan menyayat hati jiwa raga ialah...

" abah harap kamu dapat terima tawaran tu. abah dah penuhi permintaan kamu untuk berhenti sekolah di maahad. abah juga dah tunaikan permintaan kamu untuk bersekolah di smkabp. jadi apa salahnya kali ini kamu penuhi permintaan abah pula."

Wo! Berjurai-jurai airmata aku siot! Abah memang handal bab mengarang surat yang penuh ayat-ayat menyentuh jiwa dan perasaan. Isk isk... Oh ayahnda, mengapa buat anaknda berasa sangat serba salah? Oh my....

Aku pergi bilik air dan nangis-nagis dalam bilik mandi pula. (sambil bukak shower so tak dengar la suara aku tersedu sedan. hoho). Aku berbelah bagi. Macam mana ni? Aku nak ambil STPM. Bukan tak mahu terima tawaran tu, tapi aku rasa aku tak layak dan tak mampu nak menghafal Quran 30 juzuk. 

' Redha Allah pada seseorang itu terletak pada redha kedua ibu-bapanya '

So aku decide. Terima je lah tawaran tu. Tak rugi apa pun ikut cakap orang tua. Berkat lagi ada. Petang itu aku call abah...

Aku : Assalamualaikum abah.

Abah : waalaikumussalam.

Aku : Fairus dah dapat surat abah.

Abah : Oh, bila dapat?

Aku : Tengah hari tadi.

Abah : Ohhh ok.

Aku : Fairus terima je la tawaran tu. Fairus nak masuk MARSAH.

Abah : Eh betul ke ni? Tak nak sekolah kat situ lagi?


Adeiiii... apehal bapak aku ni? Boleh pula dia tanya mcm tu. Dalam surat bukan main lagi mengharap sungguh. Dush! Penat je aku menangis bagai nak rak. Aku pun jawab betul la memang nak masuk marsah. So abah aku suruh kemas-kemas barang dan beritahu guru kelas aku nak berhenti sekolah. Esok abah datang jemput.

Boleh tak aku nak cakap? Bapak aku ni memang cerdik dan bijak. Dia tak guna paksaan pun suruh aku masuk marsah. Tak de la kuku besi atau marah-marah. Tapi menggunakan ayat-ayat minta simpati dan kasihan gitu. Ayat penuh pengharapan. Siapa la tak cair wei?! Dan akhirnya aku tewas! Oh aku sudah mati dalam perjuangan ini. 

Hai tak apa lah. Moga aku akan jadi insan yang berguna. 

Milik Siapakah Hati Ini?

Aku berjalan keluar dari cyber cafe ketika jam menunjukkan 6.30 pm. Sudah hampir Isyak. Aku memang sengaja duduk berlama-lama dalam cc sampai malam. 

Oh aku mahu singgah kedai sebentar. Ada nak beli barang dan makanan. Hmmm.... best juga berjalan malam-malam ni ye. Pemandangan cantik juga. Banyak lampu jalan. Aku mula berangan. Bestnye kalau ada orang rakam aku tengah berjalan ini, macam ala-ala video klip atau telemovie gitu. Cehh. Tak perlu kot?

Sudah sampai kedai. Aku masuk dan memilih-milih barang. Kemudian aku ke kaunter untuk membayar. Si tauke sibuk mengira jumlah kesemua yang perlu aku bayar. Aku memandang ke arah luar kedai. Tiba-tiba mataku tertancap kepada dua orang insan yang lalu di tepi kedai ini. Salah seorang itu aku kenal!

Ya aku amat mengenali beliau dan beliau juga kenal aku. Sepasang uda dan dara sedang berjalan bersebelahan dan amat rapat. Yang aku kenal adalah si teruna. Kami memang berkawan baik dan agak kamceng. Tapi betulkah dia? Aku pandang betul-betul. Tak kan aku silap orang?

Sampai satu tahap aku keluar sedikit dari pintu kedai untuk memastikan aku tak salah orang. Tiba-tiba tangan si lelaki memegang mesra bahu si gadis. Kedua-dua tangan si jejaka memegang kedua-dua bahu si gadis sambil gelak-gelak. Mungkin mereka tengah sembang sesuatu yang lucu. Aku terkejut besar. Apakah? Siapakah? Siapa gadis tersebut? Bukan adik tau kakak kandung kerana si jejaka anak sulung dan tiada adik perempuan. Isteri juga jauh sekali kerana dia masih bujang. Jadi apakah hubungan mereka?

Tanpa buang masa aku cuba snap foto mereka dari belakang. Tapi agak jauh gambar yang aku ambil itu. Setelah mereka agak jauh, aku cuba call lelaki berkenaan. Tidak diangkat! Musykil. Aku masih terkejut dan hati aku berdebar kencang. Apakah makna semua ini?

Aku masuk semula ke dalam kedai. Tauke memandang aku pelik. Heheh. Setelah membayar aku keluar dari kedai dan berjalan menuju ke rumah. Aku masih terkenang-kenang kejadian yang aku nampak tadi. Dalam masa yang sama hati aku rasa sangat lega dan bersyukur. Kenapa ye? Hahaha.

Oh siapakah gadis itu? Saiz badan dan ketinggian lebih kurang aku. Tapi aku tidak cam siapa dia. Gambar curi yang aku tangkap tadi terlalu jauh, tak jelas. Ah apa aku peduli dengan mereka? Tiada kaitan dengan hidup aku.

Cuma aku rasa agak kesal kerana lelaki itu yang aku kenal dia bukan seperti itu. Maksud aku hingga sanggup pegang perempuan yang tiada apa ikatan dengannya. Malah amat menjaga pergaulan dan ikhtilat (kononnya lah, haha). Aku sangat tidak sangka la kejadian tadi berlaku betul-betul depan mata aku. Adakah ini petunjuk dari Allah?

Secara jujur aku mula kurang rasa hormat pada lelaki berkenaan. Sebelum ini dia banyak bagi nasihat dan tazkirah pada aku. Aku amat-amat menghormatinya kerana dia senior aku, tidak kedekut ilmu dan berpegang kuat pada agama. Seperti yang ku katakan tadi amat menjaga pergaulan. Tapi sejak bila pula dia jadi begini? Meninggalkan prinsip yang selama ini dipegang kukuh; tidak akan berdua sahaja dengan perempuan melainkan beramai-ramai atau ada muhrim. Oh rupanya kau bukanlah sebaik dan senaif yang ku sangka wahai sahabat.

Dalam masa yang sama aku bersyukur? Mengapa? Kerana akhirnya ku tahu hatinya telah dimiliki seseorang. Mungkin ini hanya serkap jarang tetapi apa lagi yang boleh meyakinkan kamu setelah kau lihat sendiri betapa mesranya dia dengan gadis itu? Mustahil tiada hubungan istimewa. Cuba kau fikir, berjalan berdua di waktu malam, amat rapat, bergurau senda lagi dan yang paling best siap peluk bahu ok? Ini bukan fitnah tetapi ku lihat sendiri dengan kedua belah mataku yang masih belum rabun ini.

Dan aku.... Hatiku juga telah dimiliki. Yang pasti, lelaki tadi bukan orangnya.....

Testing di blog baru...

Percubaan, percubaan. Satu dua tiga..