“Mak saya pesan, jangan suka tilik jari orang walaupun kamu ada kebolehan describe seseorang berdasarkan jari-jemarinya” dia bercakap dengan nada gurau bercampur sinis.
“Siapa kata saya tilik jari kamu? Saya tak buat apa-apa.” Aku cuba berdalih padahal sebenarnya aku dah rasa sangat malu dia perasan aku perhatikan jari-jarinya ketika dia sibuk bercerita tadi. Temannya yang berada di sebelah juga turut gelak sinis.
“Hahaha. Ye lah tu..” dia gelak. Manis. Oh aku pasti aku telah terpikat pada gadis ini.
“Raihana! Suria! Cepat sikit, kita dah lambat ni.” Kedengaran seorang temannya menjerit suruh cepat. Mereka akan pulang hari ini. Sudah ada kenderaan menunggu. Aku pula akan pulang dua hari lagi.
“Muhammad Azmi, permisi dulu ya pak. Moga ketemu lagi lain kali. Assalamualaikum.” Dia bercakap loghat Indonesia pula, tak janggal kedengaran.
Aku pun membalas,
“Baik buk Nur Raihanah. Waalaikumussalamuwarahmatullah.”
Ya. Kita pasti akan ketemu lagi. Insya-Allah.
********
“Jauhnya menung cik abang oi. Teringatkan siapa pula? Ehem, ehem.”
Satu suara menyapa mengejutkanku dari lamunan. Aku membalas, “Tak ada apa la sayang, Cuma teringat kenangan silam di bumi Aswan ini beberapa tahun dahulu.” Aku mengenyitkan mata pada si dia.
“Oh, kenangan yang mana satu tu? Ada banyak kan? Haha.” Dia menghampiri lantas duduk di sebelahku, memaut lenganku.
“Semua. Terutama kenangan di mana seorang gadis berlagak betul tak mahu ditolong bila terjatuh dari unta. Hehehe..” aku sengaja mengusiknya. Satu cubitan singgah di lenganku. “Aduh, sakit la. Tak baik tau.” Aku mengada-ngada pura-pura sakit.
“Dia tu yang tak baik, cerita semula kisah silam yang memalukan itu. Tak mahu kawan.” Merajuk pula dia. Atau pura-pura merajuk agaknya supaya aku pujuk dia. Masih seperti dulu.
“Ok abang minta maaf la sayang, kan gurau-gurau je. Eh jom la balik. Nak dekat senja ni. Nanti isteri abang yang manis ini diculik jin pula.” Aku sempat bergurau lagi walaupun aku memujuk awalnya.
Kami berjalan pulang ke penginapan. Aswan walaupun panas tapi amat cantik pemandangan dan landskapnya. Dan Aswan juga menyimpan banyak cerita aku dan dia. Raihana, tidak kusangka dapat memilikimu. Syukur pada-Mu Ya Allah kerana menemukan kami. Moga hubungan ini berkekalan hingga ke syurga dan sentiasa berada dalam redha-Mu Ya Allah. Amin.
2 comments:
ko dah gi aswan ker? X_X
Mana ada. Sapa yang boleh bawak eh? Haha.
Post a Comment