Aku berjalan keluar dari cyber cafe ketika jam menunjukkan 6.30 pm. Sudah hampir Isyak. Aku memang sengaja duduk berlama-lama dalam cc sampai malam.
Oh aku mahu singgah kedai sebentar. Ada nak beli barang dan makanan. Hmmm.... best juga berjalan malam-malam ni ye. Pemandangan cantik juga. Banyak lampu jalan. Aku mula berangan. Bestnye kalau ada orang rakam aku tengah berjalan ini, macam ala-ala video klip atau telemovie gitu. Cehh. Tak perlu kot?
Sudah sampai kedai. Aku masuk dan memilih-milih barang. Kemudian aku ke kaunter untuk membayar. Si tauke sibuk mengira jumlah kesemua yang perlu aku bayar. Aku memandang ke arah luar kedai. Tiba-tiba mataku tertancap kepada dua orang insan yang lalu di tepi kedai ini. Salah seorang itu aku kenal!
Ya aku amat mengenali beliau dan beliau juga kenal aku. Sepasang uda dan dara sedang berjalan bersebelahan dan amat rapat. Yang aku kenal adalah si teruna. Kami memang berkawan baik dan agak kamceng. Tapi betulkah dia? Aku pandang betul-betul. Tak kan aku silap orang?
Sampai satu tahap aku keluar sedikit dari pintu kedai untuk memastikan aku tak salah orang. Tiba-tiba tangan si lelaki memegang mesra bahu si gadis. Kedua-dua tangan si jejaka memegang kedua-dua bahu si gadis sambil gelak-gelak. Mungkin mereka tengah sembang sesuatu yang lucu. Aku terkejut besar. Apakah? Siapakah? Siapa gadis tersebut? Bukan adik tau kakak kandung kerana si jejaka anak sulung dan tiada adik perempuan. Isteri juga jauh sekali kerana dia masih bujang. Jadi apakah hubungan mereka?
Tanpa buang masa aku cuba snap foto mereka dari belakang. Tapi agak jauh gambar yang aku ambil itu. Setelah mereka agak jauh, aku cuba call lelaki berkenaan. Tidak diangkat! Musykil. Aku masih terkejut dan hati aku berdebar kencang. Apakah makna semua ini?
Aku masuk semula ke dalam kedai. Tauke memandang aku pelik. Heheh. Setelah membayar aku keluar dari kedai dan berjalan menuju ke rumah. Aku masih terkenang-kenang kejadian yang aku nampak tadi. Dalam masa yang sama hati aku rasa sangat lega dan bersyukur. Kenapa ye? Hahaha.
Oh siapakah gadis itu? Saiz badan dan ketinggian lebih kurang aku. Tapi aku tidak cam siapa dia. Gambar curi yang aku tangkap tadi terlalu jauh, tak jelas. Ah apa aku peduli dengan mereka? Tiada kaitan dengan hidup aku.
Cuma aku rasa agak kesal kerana lelaki itu yang aku kenal dia bukan seperti itu. Maksud aku hingga sanggup pegang perempuan yang tiada apa ikatan dengannya. Malah amat menjaga pergaulan dan ikhtilat (kononnya lah, haha). Aku sangat tidak sangka la kejadian tadi berlaku betul-betul depan mata aku. Adakah ini petunjuk dari Allah?
Secara jujur aku mula kurang rasa hormat pada lelaki berkenaan. Sebelum ini dia banyak bagi nasihat dan tazkirah pada aku. Aku amat-amat menghormatinya kerana dia senior aku, tidak kedekut ilmu dan berpegang kuat pada agama. Seperti yang ku katakan tadi amat menjaga pergaulan. Tapi sejak bila pula dia jadi begini? Meninggalkan prinsip yang selama ini dipegang kukuh; tidak akan berdua sahaja dengan perempuan melainkan beramai-ramai atau ada muhrim. Oh rupanya kau bukanlah sebaik dan senaif yang ku sangka wahai sahabat.
Dalam masa yang sama aku bersyukur? Mengapa? Kerana akhirnya ku tahu hatinya telah dimiliki seseorang. Mungkin ini hanya serkap jarang tetapi apa lagi yang boleh meyakinkan kamu setelah kau lihat sendiri betapa mesranya dia dengan gadis itu? Mustahil tiada hubungan istimewa. Cuba kau fikir, berjalan berdua di waktu malam, amat rapat, bergurau senda lagi dan yang paling best siap peluk bahu ok? Ini bukan fitnah tetapi ku lihat sendiri dengan kedua belah mataku yang masih belum rabun ini.
Dan aku.... Hatiku juga telah dimiliki. Yang pasti, lelaki tadi bukan orangnya.....
No comments:
Post a Comment