Blog ini milik aku iaitu Seimura. Blog khas untuk penulisan kreatifku yang tak berapa nak kreatif sangat. Semua cerita adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati kecuali pada label 'kisah silam'.

Thursday, April 1, 2010

Kejar Misi Mu

Yes! Akhirnya!

Haziqah menarik nafas lega. Tugasnya sudah siap dan hanya tinggal dicetak. Dia memindahkan fail kerjanya tadi ke pendrive untuk diserah kepada Ain yang bertanggungjawab di bahagian cetakan dan terbitan. Jam menunjukkan pukul 6 petang. Dia ingin segera pulang tetapi di luar hujan lebat pula. Maka terpaksalah dia menunggu di pejabat sehingga hujan reda.

Jam 8 malam barulah Haziqah keluar dari pejabatnya. Tiba di satu lorong, dia ditarik seseorang sambil dipegang kedua tangannya. Seorang penjenayah mengacu pisau di mukanya. Haziqah cuba bertenang.

"Bagi cepat semua harta kau! Duit, handphone dan apa-apa sahaja yang bernilai! Cepat!" Arah si penjenayah dengan kasar.

"Ok tapi lepaskan tangan aku dulu." Haziqah menjawab dengan tenang. Penjenayah melepaskan tangan Haziqah. Tanpa buang masa Haziqah menyiku dagu penjenayah tersebut dan menendang kemaluannya. Segala ilmu pertahankan diri yang dia ada digunakan untuk membelasah penjenayah terbabit. Semasa penjenayah masih mengerang kesakitan Haziqah lekas-lekas membuka langkah seribu kerana khuatir geng lain sampai.

Oh aku tidak mahu lalu di kawasan ini lagi pada waktu malam. Kata Haziqah dalam hati sambil berlari. Dia rasa menyesal kerana melalui lorong sunyi itu. Fikirnya mahu cepat sampai tapi bencana lain pula menimpa. Tiba-tiba dia teringatkan pesan Aiman tidak lama dulu;

"Kau jangan selalu balik lewat seorang diri Ika. Bahaya. Walaupun kau ada silat dan karate tapi malang tu tak berbau. Kita kena hati-hati dan waspada."

Oh Aiman aku menyesal tak ikut cakap kau.


*****************



"Tiara??"

Haziqah tercengang. Benarkah ini Tiara? Di hadapannya seorang gadis cantik bertudung dan berbaju kurung. Tiada lagi skirt, blouse dan scarf. 

"Hish kau jangan la terkejut sangat. Manusia kan boleh berubah cuma cepat atau lambat sahaja. Amacam penampilan terbaru aku? Lawa tak? Sopan tak? Hehe." Tiara memusing-musing badannya di hadapan Haziqah.

"Lawa. Lawa sangat Tiara. Cantik." Puji Haziqah ikhlas. Sememangnya Tiara memang cantik. Keturunan Arab lah katakan. 

"Haziq, aku ada hadiah untuk kau, ada dalam paper bag ni. Dan juga, kad jemputan kahwin aku lah. Hihi. Kau jangan tak datang tau". kata Tiara sambil hulurkan beg kertas. Sebelum ini Tiara telah ceritakan pada Haziqah yang dia bakal berkahwin cuma tak pasti lagi bila tarikhnya. 

"Kau ni susah-susah je bagi hadiah. Terima kasih. Insya Allah aku datang." ujar Haziqah sambil menerima beg kertas yang dihulur Tiara. Mereka berpelukan mesra. Tanpa disedari kedua-duanya menitiskan airmata.



*********

Haziqah mengesat airmata. Teringat bagaiamana terjadi perkenalan dengan Tiara dan masa begitu pantas berlalu. Esok hari persandingan Tiara dan dia perlu menhadirkan diri. Dia membaca warkah ringkas Tiara yang berbunyi;

Haziqah Affini, aku harap kau dapat pakai baju ini beserta tudungnya di majlis aku nanti. Aku reka khas untukmu. Semoga dalam rahmat Allah selalu. yang menyayangimu, Sharifah Tiara Aidalina.

Beberapa hari kebelakangan ini sudah ada perubahan besar buat Haziqah. Sudah memakai tudung walaupun masih memakai kemeja dan seluar. Perubahan yang bukan atas desakan sesiapa tetapi kerana diri sendiri yang mahu berubah.

bersambung...


No comments: