Hari yang meletihkan. Ini, kalau pergi spa best jugak. Terapi gitu. Hai, beginilah hidup seorang pelajar kolej yang belajar sambil bekerja. Aku yang pilih jalan ini, aku lah yang akan tempuh.
Beberapa meter sebelum sampai ke rumahku, aku terlihat satu lembaga terbongkok-bongkok depan rumahku. Oh, manusia rupanya. Dia terpandang-pandang sekeliling. Aku perlahankan langkah sambil bersembunyi di balik pokok-pokok bunga DBKL di sepanjang jalan. Aku menajamkan pandangan. Dalam samar-samar kegelapan aku dapat melihat sesuatu yang diletakkan oleh orang misteri tadi di atas tanah. Aku dengan rasa marah bercampur geram terus menyergah dia bila aku dah semakin hampir.
"Hoi! Kau buat apa tu hah?" dengan wajahku penuh berkerut. Dia terperanjat lantas melarikan diri tetapi dengan bersusah payah. Aku lantang menjerit lagi,
"Hoi! Nak lari ke mana tu? Hoi, perempuan! Apa hal kau letak anak kau depan rumah aku ni ha? Buat anak pandai, tapi.. Hei! Kalau aku dapat cari kau, siaplah kau nanti!"
Aku memandang sekeliling. Baru aku perasan aku memekik di tengah-tengah malam. Malu jugak kalau orang dengar, ish. Sebenarnya aku boleh saja mengejar dia dan cekup tangannya tapi aku dah tak larat baru balik dari kerja. Jam telah pun menunjukkan jam 12.00 malam. Kawasan perumahan aku ini memang agak sunyi. Tapi aku dah biasa.
Aku mencangkung melihat keadaan bayi yang tidak berdosa itu. Masih kemerahan dan ada darah melekit-lekit. Aku kebingungan. Aduh, apa aku nak buat ni? Rumah aku tak ada orang, housemate semua balik kampung. Esok Sabtu. Dalam kebuntuan itu, terlintas satu nama di fikiran.
"Helo, Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Kak, tolong saya kak. Akak boleh keluar tak, datang rumah saya sekarang? Maaflah mengganggu malam-malam ni, tapi ini urgent."
"Sabar, bertenang. Kenapa kalut sangat ni?"
"Kak, please datang rumah saya sekarang. Maaf sangat, tak boleh cakap di talian."
"Ok, baiklah. Tunggu dalam 15 minit."
***
Aku mundar-mandir di ruang tamu rumahku. Err, aku mula rasa tak sedap hati. Bayi ini tidur ke? Masih hidup atau dah mati? Ah, tidak. Jangan kau jadi hantu Ju-On pula dalam rumah ini. Tapi tadi masa aku kendong dia, rasa panas je. Bermakna masih bernyawa. Mana pula Kak Rin ni? Lambat pula sampai. Dah pukul 12.30. Scene-scene filem seram yang pernah aku tonton mula melingkar-lingkar di fikiran. Oh, pergilah perasaan tidak enak ini. Tiba-tiba aku dengar bunyi hon. Ya, dia sudah sampai.
"Maaflah kak, susahkan akak tengah-tengah malam ni." kataku setelah bersalaman.
"Apa yang mustahak sangat?"
"Ok, masuk dulu kak."
Kak Rin masuk dan dia terkaku sebentar.
"Hei, kenapa kau simpan mayat bayi dalam rumah kau ni?" soal Kak Rin serkap jarang tanpa belas kasihan.
"Shhh... bukanlah kak. Mari tengok dekat sikit. Masih hidup kot."
Kak Rin memandang aku atas bawah dengan penuh rasa curiga. Jangan kau cakap...
"Anak kau ke Sofia?" dia melontarkan soalan kejam yang aku dah duga.
"Astaghfirullah. Akak pernah nampak perut saya buncit ke mengandung? Akak janganlah buat lawak. Mari duduk dulu saya cerita dari awal." aku menarik Kak Rin duduk di sofa dan mula bercerita.
***
Aku kembali dari dapur membawa dulang air. Kelihatan Kak Rin sedang memangku bayi tersebut.
"Kita buat laporan polis." tiba-tiba Kak Rin bersuara.
Aku sebenarnya dah terfikir juga tadi nak pergi balai polis, suruh polis uruskan apa yang patut. Kalau hantar ke hospital pum, mesti disuruh ke balai polis buat laporan.
"Kau dengar tak apa akak cakap?" sergah Kak Rin menyedari aku belum beri respon atas cadangan dia tadi.
"Ye, dengar. Kita buat laporan polis. Bila? Sekarang?" aku bertanya semula dengan penuh semangat. Lagi cepat selesai hal ini, lagi senang hati aku.
"Jom, kita pergi balai polis sekarang." Kak Rin lantas bangun. Kami menuju ke balai polis menaiki kereta Kak Rin.
***
Lengang. Hanya ada beberapa orang sahaja pegawai polis yang bertugas. Aku dan Kak Rin terus masuk. Semua mata tertumpu pada kami. Kak Rin menyenggol tanganku isyarat menyuruh aku bersuara.
"Err, maaf encik. Saya tak tau nak ke mana. Saya jumpa bayi ini di hadapan rumah saya. Betul ke perlu ke sini buat laporan?" sungguh naif soalanku.
"Jemput duduk." pelawa seorang pegawai polis kepada kami berdua.
"Siapa yang mula-mula jumpa bayi ini?" soalan pertama yang ditanya.
"Saya." aku menjawab.
"Nama?"
"Siti Sofia binti Abdul Khaliq."
"IC?"
Aku pantas serahkan kad pengenalan.
"Boleh ceritakan dengan teliti bagaimana Cik Siti boleh terjumpa bayi ini? Jam berapa dan sebagainya."
bersambung kah kah kah.
lama tak menulis cerpen. terimalah hasil buah tangan terbaru eekeke.

No comments:
Post a Comment