Blog ini milik aku iaitu Seimura. Blog khas untuk penulisan kreatifku yang tak berapa nak kreatif sangat. Semua cerita adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati kecuali pada label 'kisah silam'.

Saturday, August 20, 2011

CERPEN: KHALI YANG INDAH part 2

Sambungan...

(Dialog dalam komik)

Sofia: Saya baru balik dari kerja. Beberapa meter sebelum sampai rumah saya nampak seseorang terbongkok-bongkok, lepas tu pandang kiri kanan macam takut orang nampak. Masa itu pukul 12.00 malam. Saya pun sergah dia. Dia lari tapi saya tak kejar.
Polis: Kenapa sergah dia?
Sofia: Entahlah. Spontan.
Polis: Boleh cam tak figure gadis itu?
Sofia: Hmm.. macam masih budak sekolah.
Polis: Baiklah Cik Siti, kes ini kami akan siasat. Bayi ini kami akan bawa ke klinik untuk rawatan. Sila ini borang ini ye?

Aku pun mengisi form itu dengan berhati-hati.
"Cik Siti, kalau ada apa-apa perkembangan terbaru, kami akan maklumkan. Selamat pulang. Hati-hati." kata pegawai polis mengakiri perbualan.

Malam itu aku bermalam di rumah Kak Rin. Sudah terlalu lewat. Kasihan pula dia kalau nak hantar aku balik rumahku dulu, baru balik ke rumah dia. Fuh, akhirnya selesai juga. Lega. Bolehlah aku tidur dengan lena.

********

Kisah itu telah pun dua minggu berlalu. Menurut pegawai polis tempoh hari, bayi itu telah diserah kepada satu keluarga angkat yang masih belum punya anak walaupun telah 10 tahun berkahwin. Setakat ini aku masih belum punya kesempatan untuk menjenguk. Mungkin satu hari nanti.

****


Aku melihat hasil gubahan menggunakan tanganku. Ok, perfect. Cantik. Tak sia-sia aku belajar dari youtube. Hehe.

"Sofi, ada customer nak jumpa. Ada kat luar tu." kedengaran suara Anita dari kejauhan.

"Okay, I'm coming."
 
Aku melihat dia. Macam pernah nampak la budak ini tetapi di mana ya?

"Ye cik, ada buat tempahan barang hantaran pertunangan atau perkahwinan ke?" aku bertanya dengan ramah dan senyum.

"Kak, boleh kita bercakap sebentar di luar?" serius dia bertanya. Huh, kenapa pula ni? Setelah meminta izin daripada bos, aku pun keluar dengan gadis tadi menuju satu restoran. Tempat makan lah paling sesuai untuk berbual.

"Saya Sofia. Panggil Sofi je." aku menghulurkan salam perkenalan. Dia hanya diam dari tadi.

"Saya Wati." jawabnya pendek.

"Ok, Straight to the point. Wati nak cakap pasal apa nidengan akak? Boleh bagitahu sekarang?" aku tak mahu berbasa-basi. Masa itu umpama pedang.

"Wati minta maaf, kak..." dia berkata sambil menundukkan muka. Aku kehairanan. Maaf untuk apa pula.

"Kak Sofi masih ingat lagi tak malam itu, saya yang..." dia seperti berat mahu meneruskan kata-katanya. Aku pula masih tidak dapat tangkap. Aku masih menunggu dia meneruskan ceritanya.

"Bayi itu, bukan anak saya."

Danggg!! Bagaikan dua buah tutup periuk dilagakan sebelah telinga aku. Oh, budak ini. Baru aku ingat. Ya, dia yang meletakkan bayi baru lahir di hadapan rumahku tempoh hari.

"Bukan anak kau? Habis anak siapa?" aku dah mula hilang sabar sedikit. Lambat sangat dia mahu menghabiskan cerita.

Dia menjawab, "Anak boyfriend saya, Shah."

"Huh?" aku dah bertambah pening. Apakah yang mahu cuba disampaikan oleh budak mentah ini?

"Saya hanya mengandungkan bayi itu tanpa rela, tapi benih Shah." pandai dia susun ayat.

Oh. Tuhan. Gurauan apakah ini? Perlukah aku melempang budak ini bagi dia sedar sikit. Sudahlah buat salah, berzina, buang anak, tak mengaku anaknya pula. Lantas otakku berfikir soalan paling pintar untuknya,

"Oh, macam itu. Tapi sama-sama rasa sedap kan masa main? Nikmat kan?" aku menyoal dengan senyum sinis sambil mengangkat-angkat kening.

"Akak jangan perli saya." Wah, pandai menjawab dengan jelingan pula tu. Aku menarik nafas dan senyum sinis.

"Oh, rasa diperli ke? Maaflah tak sengaja. Dah habis?  Aku sibuk ni, tak ada masa nak dengar cerita tak ada faedah ini. Banyak lagi kerja menanti."

Aku dah berkira-kira mahu angkat kaki. Budak tak sedar diri seperti ini malas akau nak berdebat. Dia diam. Aku terus bangun dari kerusi. Saat aku mahu berlalu dia pegang erat pergelangan tanganku. Aku terpinga-pinga. Kenapakah?

"Kita akan berjumpa lagi nanti." dia bersuara tanpa memandang wajahku lantas melepaskan genggaman tangannya. Dasar biadab. Maka dengan angkuh aku menjawab, "Tak ingin aku nak jumpa kau lagi. Adios!"



******


Peristiwa siang tadi masih ligat bermain-main di kotak ingatanku. Apa tujuan gadis itu seakan mengancam aku? Gila ke? Tiba-tiba aku mendengar pintu bilikku diketuk. Aku bangun membuka pintu. Hani di muka pintu dengan senyum-senyum sambil menayang sampul surat putih.

"Apa hal kau ni Hani?"

"Ada surat untuk kau. Cuma ada nama kau je tapi tak ada alamat dan setem. Kat dalam peti surat. aish, pelik ni. Ehem-ehem, secret admire ke?" Hani meneka sambil kelip-kelipkan mata. Aku mengerutkan kening.

"Kau jangan merepek lah." kataku sambil merampas sampul surat putih dari tangannya.

"Amboi, ganasnya makcik ni. Janganlah garang-garang, nanti..." Hani terus melarikan diri bila menyedari aku mula mahu mengejarnya.


Assalamualaikum.
Sofia, cantiknya nama kau. Secantik orangnya. Cantik tapi masih belum ada pakwe. Kenapa ye? Di manakah silapnya? Sebab kau sombong sangat agaknya. Hey, lihatlah diri kau. Teman-temanmu yang sebaya denganmu semuanya sudah punya kekasih, tunang. Tapi kau? Ah, kasihan.

Kenapa kau masih belum ada boyfriend? Kau anti lelaki ke? Atau pernah ada peristiwa hitam yang menyebabkan kau membenci lelaki. Macam.. pernah dirogol ke. Haha, siapa tahu kan? Jadi kau sudah tidak virgin? Hey, nampak baik. Tak sangka dah hilang dara kan? Kasihan.

Sofia,
Jangan kau ambil hati dengan ayat-ayatku di atas. Maafkanku. Aku rasa tertekan. Aku rasa sunyi. Aku perlukan seseorang untuk meluahkan. Akulah sebenarnya seorang yang sangat kasihan. Akulah sebenarnya yang amat malang.

Tolong aku, Sofia. Bantu aku. Bantu aku dalam memilih jalan terang. Keluarkan aku dari kegelapan. Bantu aku, Sofia.


Mawar Layu
01X XXXXXXX



Mawar Layu? Apa tak ada nickname  yang lebih jelek? Entah kenapa hati aku kuat merasakan Wati yang tulis surat ini. Ayat-ayat dia memang kejam. Tapi sebenarnya jauh di sudut hatinya, dia seorang yang amat sensitif dan berjiwa lembut. Kenapa dia perlukan bantuan aku? Apa yang aku boleh tolong dia? Siap bagi nombor telefon. Perlukah aku dail nombor ini? Oh, aku rasa lebih baik balas dulu surat ini, letak dalam peti surat. Eh, tapi nanti kalau ada orang lain yang ambil bagaimana pula? Hai.. kusut juga. Ok, tak apa. Aku cuba hantar SMS dulu.

Assalamualaikum Mawar Layu. Ini Sofia. Apa yang aku boleh bantu kau Mawar?

Begitulah isi SMS aku. Agak skema dan penuh rasa kasih sayang serta ambil berat. Tak lama selepas itu SMS ku berbalas.

Waalaikumussalam. Terima kasih Sofi. Sudilah kiranya aku menjadi sahabatmu. Aku akan ceritakan semuanya selepas ini. Salam perkenalan.

Baiklah Mawar. Aku sedia membantumu.

Salam perkenalan diterima.



********




Semakin hari, aku dan Wati semakin akrab. Dia akan bertandang ke rumahku di waktu aku ada di rumah. Aku semakin memahaminya.

"Sofi, aku nak minta sesuatu boleh?" tiba-tiba dia bertanya di suatu petang.

"Apa dia?"

"Aku.. teringin nak tengok anak aku. Boleh ke?" dia menundukkan wajahnya. Terpamir sejuta kekesalan. Aku memegang tangannya bagai menyalurkan semangatku ke dasar hatinya.

"Nanti aku cuba aturkan pertemuan kau dengan anak kau dan keluarga angkat anak kau." aku memberi cadangan. Tapi dia kelihatan masih sugul. Dia bersuara,

"Aku malu lah dengan keluarga angkat tu. Mesti aku akan dihina."

Airmatanya mula bergenang dan menitis. Aku memegang bahunya memujuk,

"Tak lah. Keluarga tu orang alim dan warak, sangat tawadhuk. Cakapnya pun baik-baik je. Aku dah pernah jumpa mereka."

Dia memandangku dengan wajah bercahaya.

"Betul ke Sofi?" soalnya inginkan kepastian.

Aku mengangguk, "Iye, betul."

Dia menguntum senyum dan merenung jauh.



bersambung kekeke....

No comments: