Blog ini milik aku iaitu Seimura. Blog khas untuk penulisan kreatifku yang tak berapa nak kreatif sangat. Semua cerita adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati kecuali pada label 'kisah silam'.

Monday, August 22, 2011

Cerpen: Khali Yang Indah (bahagian akhir)

Sambungan...


Sedang aku enak menjamu selera dengan rakan sekuliahku di satu kedai makan, meja kami dihampiri beberapa budak lelaki berpakaian sekolah dengan lagak samseng.

"Siapa nama Sofia kat sini?" Seorang pelajar yang paling tinggi berbanding kawan-kawannya menyoal kami. Kami berpandangan.

"Saya Sofia. Kenapa ye?" aku beranikan diri menjawab walaupun dihalang oleh rakan-rakanku dengan isyarat mata.

"Oh, cantik juga Cik Sofia ini ye? Boleh berkenalan?" tanya budak tadi dengan disambut gelak besar rakan-rakannya yang lain. Ada dalam enam orang geng ini.

"Boleh. Nama penuh saya Siti Sofia binti Abdul Khaliq. 20 tahun, tahun akhir Diploma Pengurusan Perniagaan. Anda pula?" sengaja aku menjawab ramah soalannya, nak tengok reaksi budak mentah ini.

"Oh, 20 tahun. Saya Shahrul Adha, 17 tahun. Budak Sekolah Teknik dot dot dot.. kah kah kah.." dia dan kawan-kawannya terus-terusan ketawa terbahak-bahak. Entah apa yang lucu sangat aku pun tidak faham. Dasar budak hingusan.

"Cik Siti, aku nak bagi warning kat kau. Kau jangan rapat lagi dengan Aidawati tu. Sebab kau lah dia dah tak macam dulu. Ingat ni Siti! Kalau kau langgar arahan aku ni.." dia terhenti sebentar. Terkejut macam nampak hantu.

"Hei, hei lari! Lari! Cepat, cepat!" dia beri arahan. Bertempiaran budak-budak nakal ala gangster tadi melarikan diri. Aku dan rakan-rakanku tepinga-pinga. Apa yang sudah berlaku? Mungkinkah guru disiplin sekolah mereka makan di sini?



******


"Alhamdulillah, syukur. Terima kasih banyak Sofi." Wati tak sudah-sudah ucapkan terima kasih sejak tadi.

"Jadi selepas ini apa perancangan kau?" aku mula bertanya hal masa depan.

"Lagi dua minggu aku nak SPM. Aku nak fokus study lah." dia menjawab dengan penuh semangat.

"Wati, kau redha anak kau orang lain ambil dan kau tak dapat jaga dia?" aku menyoal soalan yang agak sensitif. Dia diam lama dan termenung jauh. Aku serba salah lantas berkata,

"Maafkan aku. Aku tak patut tanya soalan itu."

Dia menarik nafas sedalamnya dan mula bersuara,

"Ya, aku redha. Tak apa. Lagipun tak ada yang tahu hal ini. Keluarga aku pun tak tahu. Cuma sesekali aku akan datang menjenguk dia seperti yang telah dipersetujui semasa berbincang dengan keluarga angkatnya tadi."

Aku kagum dengan semangat dan ketabahannya.

"Kau memang tabah dan kuat Wati. Be strong always." aku memeluk bahunya. Dia mengangguk dan tersenyum. Tiba-tiba aku teringat sesuatu.

"Wati, aku nak tanya sesuatu tapi kau jangan marah ye?"

Dia memandang aku dengan hairan. Kami duduk di bangku di taman permainan untuk lebih selesa berbual. Aku terus bertanya,

"Bekas boyfriend kau. Apa nama dia."

Dia agak terkejut mungkin tak menyangka aku akan bertanya soalan itu.

"Shah. Shahrul Adha." dia menjawab juga soalanku tanpa berselindung.

"Oh. hmm. Apa cerita dia sekarang?" Hai, entah kenapa aku rasa macam busy body  tanya hal orang padahal itu bukanlah sikapku.

Dia membuang pandang ke arah kanak-kanak yang seronok bermain jongkang-jongket.

"Dah kena buang sekolah. Tapi hanya boleh datang untuk menduduki SPM sahaja." dia menjawab acuh tak acuh seolah-olah tak mahu lagi bercakap tentang hal mantan kekasihnya.

"Oh.. macam tu." aku mengangguk-angguk. Sudah kena buang? Entah apa agaknya kes yang dia buat sampai kena buang sekolah saat semakin hampir dengan SPM. Ah, bukan hal aku. Lantak dia lah.

"Jom, kita beransur. Dah petang dah ni." Aku bangun dari tempat duduk dan berkira-kira untuk pulang ke rumah.

Itulah pertemuan terakhir kami. Setelah itu, amat lama aku tidak bertemu dengannya.




********




Tak terasa masa berlalu. Seminggu lagi nak konvokesyen. Aku merayau-rayau di pusat membeli-belah mahu survey pakaian paling cantik untuk dipakai pada hari bersejarah. Susah juga mahu pilih. Aku mahu yang cantik dan stylista tapi tidak keterlaluan.

"Sofi, lama tak jumpa." satu suara menyapa aku dari arah belakang. Aku amat kenal suara itu. Aku menoleh. Terkesima sebentar. Benarkah dia?

"Maafkan aku lama menyepi diri." dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku menyambut huluran tangan itu lantas memeluknya dengan erat.

"Wati.."

"Panggil aku Aida mulai sekarang ya Sofi?" kami meleraikan pelukan.

"Aida. Aku rasa macam tak percaya dengan apa yang aku nampak ini. Tapi aku turut bersyukur dan berkongsi kegembiraan." aku berkata sambil aku tak lepas dari memegang tangannya.

"Boleh kita berbual sebentar di tempat lain? Kau tengah sibuk ke?" dia inginkan privasi.

"Oh, aku tak sibuk pun. Saja jalan-jalan cari survey baju. Ok, jom kita cari tempat."

"Kita ke surau sebentar?" dia memberi cadangan.

"Oh, ok. Boleh. Marilah." aku menerima pelawaannya.


***


"Banyak sangat perkara berlaku dalam beberapa bulan ini, Sofi." dia memulakan cerita. Aku hanya diam menjadi pendengar setia.

"Satu malam aku bermimpi aku melihat satu cahaya yang sangat terang. Dan ada tangan seseorang memimpinku." dia menyambung lagi. Aku terus mendengar dengan tekun.

"Esoknya, aku terserempak dengan seorang ustazah ni. Aku waktu itu hampir-hampir dilanggar kereta kerana berkhayal. Kereta ustazah itulah. Dia keluar dari kereta. Aku sangka dia nak marah, rupanya dia ajak naik kereta dia. Sejak hari itu, aku mula mendalami agama dengan dia. Nama dia Ustazah Haslinda."

Aku masih diam tidak berkata apa-apa. Menunggu dia meneruskan ceritanya.

"Sedikit demi sedikit aku berubah, mula mengikut caranya. Alhamdulillah . Aku pun mula memakai hijab dan menutup aurat dengan sempurna. Oh, ya. Aku bakal bernikah bulan depan. Kau boleh datang rumah aku?"

Aku terkejut besar dan tak sangka.

"Dengan siapa kau mahu bernikah?" pantas aku bertanya siapa calonnya.

Dia tunduk tersipu. Dia menjawab,

"Shah. Dia dah berubah. Dia yang suruh aku pakai macam ni." sambil melihat pada pakaiannya. Aku kurang mengerti. Dia menyambung,

"Kisah dia lagi tragis. Tapi aku ringkaskan. Lain kali baru aku cerita. Selepas peristiwa tragis itu, dia berkurung dan mencari ketenangan mungkin. Tak lama selepas itu dia join tabligh. Aku pun tak sangka dia akan sertai tabligh.

Aku agak terkedu.

"Ini gambar terbaru dia." Aida menghulur sekeping gambar. Seorang pemuda memakai jubah dan berserban di kepala. Nampak sangat warak. Memang benar ini Shah.

"Jadi aku biasakan diri pakai begini sebelum berkahwin supaya tidak kekok. Mula-mula rasa janggal, tapi lama-kelamaan aku rasa selesa." ujarnya tersenyum. Dia mengenakan jubah warna biru gelap dan tudung labuh beserta purdah Arab. Sungguh aku tak sangka sejauh ini perubahan dia.

"Aku tak boleh lama ni, ada hal yang perlu diselesaikan. Nanti aku akan hubungi kau ye, Sofi. Minta diri dulu." dia meminta izin untuk pergi. Aku pun bersalam dan memeluknya,

"Ok, tak apa. Jangan lupa contact aku tau, Aida."

"Baiklah. Permisi dulu, Sofia. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Dia terus menghilang dari pandangan. Dan aku? Terus termenung sendirian memikirkan macam-macam perkara. Dan baru aku teringat aku masih belum mendapatkan pakaian yang aku cari.




******



"Happy birthday Sofia!"

Kepulanganku disambut dengan 'surprise party' oleh rakan-rakan serumahku, Hani, Fatin dan Lisa. Pelbagai makanan terhidang di atas meja. Semuanya makanan kegemaranku. Laksa, pizza, ayam golek. Dan sebiji kek besar tertulis namaku.

"Selamat ulangtahun ke-21."

"Oh my.. Thanks. Love you all damn much."  Aku berpelukan dengan mereka semua.

"Cepat, make a wish." Lisa menggesaku. Sekadar suka-suka sahaja. Bukanlah menjadi adat kepercayaan perbuatan 'memohon hajat' ini. Ia lebih kepada doa sahaja. Aku memejam mata beberapa saat dan berdoa.
Aku meniup lilin.

"Apa yang kau doa tadi? Senyum, senyum." Fatin bertanya diiringi gelak kecil. Aku tiba-tiba termalu. Tak perasan pula kalau aku tersenyum tanpa disedari.

"Ada lah. Rahsia. Heheh." jawabku sambil kenyitkan mata.

"Eleh, rahsia konon." Fatin mencebik.

"Eh, jom lah kita mula makan. Tunggu apa lagi?" Hani telah mula mencedok kuah laksa. Kami terus mengambil pinggan masing-masing dan mula mengambil makanan.

Doaku tadi,

'Ya Allah, temukanlah aku dengan jodoh yang baik dan soleh.'

Lalu teringat pada sekeping kad itu. Siapakah pengirimnya? Adakah dia yang tertulis namanya di Luh Mahfuz sebagai jodohku? Hanya Allah yang tahu.


Tahniah Siti, dah bergelar graduan. Juga selamat ulangtahun ke-21.

from:
the lefthanded guy




Tamat..

p/s: cerita ini hanya rekaan semata-mata. tak ada kaitan dengan hidup sesiapa. kalau ada pun hanya satu kebetulan. sekian.

No comments: