Blog ini milik aku iaitu Seimura. Blog khas untuk penulisan kreatifku yang tak berapa nak kreatif sangat. Semua cerita adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati kecuali pada label 'kisah silam'.

Thursday, February 3, 2011

Kalau lah...


Kalau lah…
Masa boleh diundur

Kalau lah…
Ketika itu
Aku tidak pergi

Kalau lah…
Ketika itu
Aku melawan rasa hati

Kalau lah…
Ketika itu
Aku keraskan hati

Kalau lah…
Ketika itu
Aku tidak mempeduli

Kalau lah…
Ketika itu
Aku tidak begitu lembut hati
Sudah pasti
Aku tidak menyesali kini

Kalau lah…
Boleh dibaca hati ini
Pasti akan mengerti
Bukan minta disanjungi
Cuma mahu dihargai
Walaupun sekejam ini
Aku sekali-kali
Tidak akan membenci

Kalau lah…
Ini takdirnya
Aku redha
Dengan ketentuan-Nya

Tiada daya lagi
Hanya berserah kini
Dia sentiasa di sisi
Allah Yang Maha Mengetahui

No comments: