Blog ini milik aku iaitu Seimura. Blog khas untuk penulisan kreatifku yang tak berapa nak kreatif sangat. Semua cerita adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati kecuali pada label 'kisah silam'.

Wednesday, April 11, 2012

Cerpen baru (belum ada tajuk)

"Syakir, balik sekolah nanti jumpa saya di bilik guru ye?" ujar Cikgu Husna dengan nada manja sebelum keluar dari kelas.

Hanim dan Dania berpandangan. "Syakir sayang, balik sekolah nanti jumpa I di bilik guru ye?" ajuk Dania dengan gaya gedik tetapi dengan nada suara perlahan. Afiqah dan Harizah yang duduk di hadapan Hanim dan Dania menoleh ke belakang dan turut ketawa.

"Kenapa ek? Cikgu-cikgu perempuan biasanya manjakan sangat budak lelaki? Geli tahu tak?" Hanim bersuara.

"Pembetulan. Cikgu-cikgu perempuan 'andalusia'." Harizah menyampuk.

"Aha. Betul, betul, betul." sahut Hanim, Dania dan Afiqah serentak disertai gelak berderai.

"Hmm. Aku pun pelik. Kau rasa cikgu-cikgu ini ada hati ke dengan budak lelaki belasan tahun yang jauh lebih muda? Maksud aku untuk jadikan pasangan? Erkk..?" sambung Afiqah.

"Kau rasa normal ke tu?" Hanim bertanya.

"Eh, tapi kan.. Cikgu-cikgu lelaki tak ada pula yang caring lebih-lebih kat budak perempuan. Adakah itu normal?" soalan Hanim dijawab dengan soalan juga oleh Dania.

"Sebenarnya aku tak peduli pun cikgu nak minat pelajar ke apa ke, itu lantak diorang lah. Cuma rasa jengkel gila dengan perangai sebahagian cikgu yang macam itu. Biasa-biasa saja sudah lah." Harizah memberikan pendapat.

"Aku setuju sangat. Rasa menyampah dan rasa nak tumbuk je." Afiqah berkata dengan muka serius.

"Err..kau nak tumbuk siapa tu? Cikgu ke murid? Ngee.." Dania bertanya mengusik.

"Hahaha. Aku main-main je lah." Harizah ketawa.

Di satu sudut di dalam kelas, sepasang mata memerhati empat sahabat itu berbicara sambil jari-jemarinya rancak melukis sesuatu di atas kertas.


bersambung...

No comments: