Blog ini milik aku iaitu Seimura. Blog khas untuk penulisan kreatifku yang tak berapa nak kreatif sangat. Semua cerita adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati kecuali pada label 'kisah silam'.

Saturday, January 8, 2011

Penulisan yang Terhenti 3

Sambungan rangka cerpen/ kartun.

Nama watak;
A: Adryanna
B: Balqis
C: Qamar
D: Daniel
E: Elisya
F: Fuad
H: Hisyam
I: Imelda


B: Oh macam itu ke?
C: Ya. Saya berjanji, ustazah. Andai benar ustazah jodoh saya, saya tak akan sia-siakan ustazah. Saya akan bawa ibu bapa saya datang rumah ustazah berbincang dengan ibu bapa ustazah. Semuanya akan diuruskan setelah kita pulang ke Malaysia nanti. Kita sama-sama tahun akhir. Insya-Allah kita akan bernikah di Malaysia, bukan di sini. Saya janji akan melakukan yang terbaik. Saya akan menunggu jawapan ustazah. Berapa lama pun saya sanggup tunggu.

“Hehehe. Jangan mudah berjanji, ustaz.” Balqis gelak sinis seolah mengejek. “Jangan mudah melafaz janji. Takut-takut tidak tertunai nanti.” Sambung Balqis sambil merenung tepat ke mata Qamar. Kemudian menunduk memandang lantai. Kedua-dua belah tangannya menggenggam dengan kuat kaki jubahnya menahan rasa marah dan sebak.

Qamar berkata, “Err.. maafkan saya ustazah. Saya...”

“Lelaki memang mudah berjanji tetapi akhirnya memungkiri. Munafik!” Balqis memintas cakap Qamar dengan nada penuh emosi dan marah.

Elisya dengan pantas menghampiri dan memaut bahu Balqis. “Bertenang, Balqis. Jangan bercakap ikut perasaan.” pujuk Elisya menenangkan Balqis.

Adryanna hanya diam membatu di tempat duduknya tidak berganjak. Qamar juga kehilangan kata-kata. Agak terkejut lantas hanya diam tidak berani bersuara.

“Biarkan dia, Elisya. Biarkan dia luahkan apa saja yang terbuku di hatinya. Mudah-mudahan dia akan merasa lebih lega.” Hisyam berkata dengan penuh diplomasi.

Airmata Balqis mula bergenang. Hatinya sangat sakit. Tidak rela mendengar lagi janji-jani yang belum pasti. Terkenang pada kasih dulu yang juga berjanji macam-macam namun kesudahannya? Hampa.

“Saya nak balik. Ini adalah liqa’ terakhir. Selepas ini saya tak mahu lagi. Assalamualaikum semua.” Ujar Balqis lalu bangun meninggalkan yang lain terpinga-pinga.


***************************
Beberapa bulan kemudian.

Lokasi: Rumah Adryanna dan Balqis. Dalam bilik Balqis.

A: Kau tahu tak Qamar balik Malaysia malam ini? Satu flight dengan Dania rasanya.
B: Oh, tahu. Dania ada bagitahu. Kita pun nak hantar Dania nanti kan?
A: Kau tak ada berhubung dengan Qamar?
B: Hmm. Last contact sebelum exam syafawi tempoh hari.
A: Kau masih belum beri jawapan?
B: Dia tak ada tanya. Aku pun, diam-diam sudah.
A: Kau jadi ke nak balik lepas konvo?
B: Insya-Allah. Cuma belum ada tarikh lagi. Kau pula, memang nak balik lepas raya haji ke?
A: Insya-Allah. Maklumlah, tahun last, balik lambat sikit la. Lepas ini belum tentu ada peluang lagi nak jejakkan kaki di bumi Mesir ini.
B: Mak kau tak kisah ke kau balik lambat ni? Dah la Aidilfitri raya di sini, AidilAdha pun sama.
A: Hmm. Kesah lah jugak kot. Tapi aku pandai-pandai lah pujuk mak aku. Hehe.



 **************


Lokasi: Salah sebuah restoran di Kuala Lumpur.

F: Hei, awek kau bila nak balik Malaysia? Dia dah habis belajar kan?
D: Katanya nak tuggu konvo.
F: Konvo bila?
D: Entah. Bulan depan rasanya.
F: Oh, tak lama lagi lah. Aku macam dah bau-bau nasi minyak ni. Bila agaknya ye? (sambil mengenyit mata kea rah Daniel).
D: Eleh, cakap orang konon. Kau dengan budak Alex tu bila lagi?
F: Oh, kami rancang kahwin pertengahan tahun depan. Lama lagi. Kau tu, kena cepat-cepat, takut nanti si dia disambar orang.
D: Ada aku kisah? Ramai lagi perempuan lain di Malaysia ini. Bukan dia seorang.
F: Haih. Lain macam je ayat kau ni. Kenapa? Clash lagi kah?
D: Dah la. Tak payah cakap pasal ni. Bosan.
F: Ingat Daniel. Perempuan memang ramai daripada lelaki sekarang, bersepah, boleh pilih mana suka. Tapi perempuan yang benar-benar terjaga segalanya bukan ramai. Kau faham kan maksud aku?

Daniel terdiam. Betul juga kata Fuad. Tetapi..


 **************


Lokasi: Balai tiba, KLIA.

Qamar menyorong troli berisi bagasi-bagasinya keluar daripada pintu. Kelihatan kedua orang tuanya melambai-lambai ke arahnya. Namun sedikit kepelikan menerpa fikirannya, ada lagi satu famili yang bukan dari kerabatnya turut ada.

Setelah bersalaman dan berpelukan dengan ibu bapanya, dua keluarga itu meninggalkan KLIA dan singgah di sebuah kedai makan untuk menikmati makan malam. Qamar rancak bercerita. Ibu dan ayahnya juga tidak berhenti bertanya macam-macam.

Malam itu, sebaik sahaja Qamar merebahkan badan di katil, dia menerima satu panggilan telefon.

C: Helo, Assalamualaikum.
I: Waalaikumussalam. Maaf Qamar, mengganggu. Imelda ni.
C: Oh, tak apa. Nak cakap apa?
I: Hmm.. pasal perbincangan orang tua kita tadi.. saya..
C: Kenapa awak tak bagitahu saya awal-awal pasal pertemuan tadi? Nak buat surprise la konon?
I: Bukan. Saya cuba hubungi awak tapi tak dapat.
C: Hai. Kan awak ada emel saya? Tak boleh bagi emel?
I: Maafkan saya.
C: Kenapa awak muncul semula dalam hidup saya? Bukankah awak dah ‘buang’ saya dulu?
I: Maafkan saya. Dulu saya mahu mengejar cita-cita saya. Saya terpaksa membuat hanya satu pilihan.
C: Imelda. Saya pun tak paksa awak pilih saya. Tapi adakah wajar awak terus putuskan hubungan dengan saya dan menghilang begitu sahaja? Saya ini tunggul?
I: Saya tak dapat berfikir dengan matang pada waktu itu. Bila kehilangan awak, baru saya tersedar yang saya..
C: Sudah terlambat Imelda.
I: Qamar, adakah sudah hilang terus rasa kasih awak terhadap saya? Tak kan boleh hilang dengan mudah? Kita kenal dah lama. Dah macam ahli keluarga. Saya rapat dengan parents awak, awak pun rapat dengan parents saya.
C: Ye. Kalau bukan kerana keakraban orang tua kita, tak mungkin saya akan terima awak kembali. Tapi kini segalanya dah berubah. Dah empat tahun berlalu. Sangat lama. Tak kan lah awak masih tak punya pengganti?
I: Hati saya masih tak berubah. Hanya ada awak dalam hati saya, saya tak boleh terima orang lain. Qamar, adakah awak telah menemui gadis lain di Mesir?
C: Awak tak perlu tahu.
I: Kalau hati awak bukan lagi pada saya, terus terang sahaja. Andai awak telah melamar orang lain, jangan sembunyikan daripada saya. Saya akan cuba terima hakikat. Dan saya juga akan terangkan kepada orang tua kita. Tapi saya masih jua berharap masih ada peluang untuk saya menakluk hati awak semula.
C: Saya tak mahu cakap pasal ini. Saya sangat penat ni, baru sampai. 12 jam dalam flight sangat meletihkan. Saya nak rehat. Maaf. Selamat malam. Assalamualaikum.
I: Baiklah. Waalaikumussalam.

 Bersambung. apakah yang akan terjadi seterusnya? cuba teka. jeng jeng jeng..

2 comments:

aminmenulis said...

Best cerita nih.. bila nak sambung lagi? hehe..

Seimura said...

Hehe. Terima kasih. Akan disambung sebentar lagi. Hik hik.