Blog ini milik aku iaitu Seimura. Blog khas untuk penulisan kreatifku yang tak berapa nak kreatif sangat. Semua cerita adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati kecuali pada label 'kisah silam'.

Thursday, January 13, 2011

Penulisan yang Terhenti 4 (bahagian akhir)

Sambungan rangka cerpen/ kartun.

Nama watak;
A: Adryanna
B: Balqis
C: Qamar
D: Daniel

B: Hahahah. Aku dah cakap dah, janji lelaki bergelar ‘ustaz’ memang tak boleh pakai. Haprak!
A: Tak baik kau cakap macam tu. Bukan semua ustaz seperti itu.
B: Betul apa aku cakap ini bukan? Kau tengok lah si poyo Qamar ni. Hari tu bukan main bersungguh lagi nak kat aku kononnya. Janji macam-macam. Tak alih-alih bila dia balik Malaysia, dah nak kahwin dengan orang lain. Tarikh kahwin sama dengan tarikh konvo kita pulak tu. Alahai.. Memang betul haprak lagi hampeh.
A: ……..
B: Nasib baik lah aku tak terus jatuh cintan dengan ustaz poyo ni. Kalau tak, merana dan kecewa lah aku. Aku macam nak post kat blog je dengan tajuk entry, ‘Usah Mudah Terpedaya dengan Janji Manis Lelaki Title ‘Ustaz’. Amacam? Mesti gempak punya.
A: Kau janganlah buruk-buruk kan pelajar agama sedemikian rupa di blog. Apa pula persepsi masyarakat nanti. Blog kau itu ramai followers.
B: Mana ada aku buruk-buruk kan. Aku hanya nak berpesan kepada gadis-gadis, jangan mudah terpedaya, perlu berhati-hati. Bukan aku nak sebut nama pun. Aku cakap umum.
A: Ikut kau lah. Tapi penulisan kau jangan terlalu sinis dan prejudis.
B: Hmm. Tengok lah dulu macam mana. Haha.
A: Aku nak keluar ni beli barang nak bawa balik Malaysia. Kau nak ikut tak?
B: Tak mahu lah. Aku nak sambung penulisan aku yang terhenti. Dah berapa bulan tersadai tanpa sambungan.
A: Oh. Apa tema nya?
B: Tema apa lagi? Tema cinta la. Cerita cinta kan paling dapat sambutan walaupun kadang-kadang tak logic.
A: Latar belakang?
B: Malaysia. Bukan cinta sesama azhari di Mesir. Dah ramai budak kita buat. Boring la. Klise.
A: Ye ke? Boring sebab kita sesama azhari, sama-sama duduk Mesir. Tapi kalau pembaca yang bukan belajar atau duduk di sini, mereka tak boring. Suasana kan lain?
B: Apa-apa saja lah. Bila nak keluar ni? Nanti balik belikan aku tokmiyah dua geneh. Terima kasih. (sambil senyum dan kelip-kelipkan mata).
A: Yelah. Insya-Allah, aku keluar dulu. Assalamualaikum.
B: Waalaikumussalam.


 **************************************************

C: Saya pun tak sangka akan jadi begini, ustazah.
A: Tak mengapa lah. Ini semua sudah tertulis. Ini juga takdir. Allah sebaik-baik perancang.
C: Tapi saya rasa sangat malu dan bersalah terhadap Ustazah Balqis kerana saya yang beria-ia mahu mengkhitbah dia hari tu.
A: Jangan lah rasa bersalah. Dia pun bukan beri jawapan pun kan?
C: Memang betul dia masih tak beri jawapan. Tapi saya tetap rasa sangat malu. Mesti dia sedang mengejek atau mentertawakan saya.
A: Tidaklah. Dia bahagia dengan life dia. Dia sedang sibuk menulis sekarang ini. Langsung tidak ambil peduli atau berbicara tentang ustaz.
C: Ustazah, saya mahu minta tolong beberapa perkara. Boleh ke?
A: Insya-Allah boleh. Apa dia tu?
C: Pertama, tolong rahsiakan tentang liqa’ sebelum-sebelum ini. Saya juga rasa segan dengan Ustaz Hisyam dan Ustazah Elisya.
A: Janganlah risau. Memang perkara itu menjadi rahsia kita berlima sahaja. AJK UBM yang lain pun tak tahu. Selagi belum ada penerimaan dan persetujuan, selagi itu dirahsiakan.
C: Terima kasih ustazah. Yang kedua. Tolong sampaikan salam kemaafan saya kepada Ustazah Balqis. Saya tak berdaya dan tak mampu nak menegur dia di YM. Tiada kekuatan. Kerana rasa bersalah masih membelenggu diri.
A: Insya-Allah saya akan sampaikan.
C: Terima kasih, ustazah. Doakan saya dimudahkan segala urusan. Saya juga mahukan doa daripada Ustazah Balqis.
A: Saya akan sampaikan permintaan ustaz itu. Saya juga doakan ustaz. Selamat menempuh alam baru. Jadilah suami yang soleh dan bertanggungjawab.
C: Insya-Allah. Terima kasih juga atas doanya.
A: Sama-sama. Ada apa-apa lagi ke ustaz? Kalau tak ada, saya minta diri dahulu.
C: Oh, tak ada apa lagi. Terima kasih ustazah. Minta maaf ambil masa ustazah untuk chat dengan saya.
A: Oh, tak apa. Permisi dulu. Assalamualaikum.
C: Waalaikumussalam.


 ****************************************

 
A: Kenapa termenung?
B: Aku tengah buntu ni.
A: Aik? Buntu kenapa?
B: Cerpen aku masih terbengkalai tak siap lagi. Dah putus idea la pula. Idea, idea, datanglah. (sambil mengetuk-ngetuk kepala dengan tangan).
A: Haha. Habis tu, kau ingat dengan ketuk kepala sendiri idea boleh muncul lah?
B: Mana lah tahu kan? Kalaulah hantuk kepala ke dinding pun boleh keluar idea, aku sanggup benjol sana-sini. Ceh.
A: Haha ye lah tu. Kau cerita sikit synopsis cerpen kau itu, mana tahu aku boleh cadang idea best? (sambil mengerdip-kerdipkan mata dan senyum penuh yakin).
B: Betul kau nak tolong? Ok macam ini sinopsisnya. Ada seorang gadis baru clash dengan kekasihnya. Datang seorang lelaki mahu melamarnya tapi lelaki ini suami orang. Gadis ini tak mahu terima. Rupa-rupanya lelaki itu telah bercerai, cuma proses mahkamah sahaja belum selesai. Jadi si gadis pun terima lah cinta si duda. Tak lama kemudian si duda lama menyepi, lost cantact selama beberapa bulan. Si gadis kecewa lagi. Tak lama selepas itu kekasih lama kembali mahu menyambung semula ikatan yang telah putus. Si gadis yang masih ada rasa sayang terhadap bekas kekasih, menerima semula. Mereka merancang berkahwin setahun lagi. Tetapi tanpa disangka si duda kembali mencari si gadis, meminta maaf kerana menyepi dan mahu teruskan hubungan. Persoalannya sekarang, siapakah si gadis akan pilih? Part ini yang aku dah terputus idea. Tin-tong!
A: Wow! Kompleks juga cerita cinta ini. Soalan tak ada kena mengena, gadis itu cantik kah? Dan kedua-dua lelaki itu kacak kah? Wink wink. (sambil angkat-angkat kening).
B: Oh mestilah cantik. Dan lelaki pun dua-dua handsome. Hoho.
A: Aku ada idea. Tapi mungkin agak kejam. Kau nak dengar ke?
B: Apa dia? Bagitahu dulu.
A: Apa kata kau ‘matikan’ salah satu watak lelaki. Meninggal dunia akibat kanser ke, kemalangan jalanraya ke.
B: Ouch.. Memang agak kejam idea kau itu. Tapi boleh pakai jugak.
A: Heheh.
B: Tapi boleh tak kalau gadis itu yang ‘mati’?
A: Aduh, kasihan banget deh. Sad ending. Mesti pembaca akan rasa frust.
B: Itu la pasal. Semua orang pun mesti nak happy ending. Tapi kalau ada yang mati, memang kasihan kot? Tak ada idea lain ke wei?
A: Adeh. Susah jugak nak buat pilihan tu. Kalau kau jadi gadis itu, kau pilih siapa?
B: Hmm.. aku pun tak tau. Hehehe.
A: Itu lah aku cakap, kena ‘matikan’ salah satu watak, baru adil.
B: Adil? Tak sampai hati la kau tahu tak?
A: Habis tu?
B: Nampaknya memang betul penulisan ini akan terhenti di sini. Tiada sambungan. Huhu.
A: Mungkin kau kena jalan-jalan ke Sungai Nil ke, mana tahu idea boleh datang? Heheh.
B: Hmm. Mungkin juga.


 *************************************************


B: Maksudnya?
D: Aku mahu kau berhenti menulis cerita cinta. Tak ada faedahnya. Lainlah kalau tulisan ilmiah, tak apa lah juga.
B: Tapi..
D: Kenapa? Kau takut kehilangan peminat dan pembaca setia?
B: Bukan.
D: Habis tu?
B: Berikan aku masa untuk berfikir dan buat keputusan.
D: Suka hati lah. Masa tidak menunggu kita, tapi kita yang perlu mengejar masa.


****************************************************************


A: Tahniah Balqis. Akhirnya ‘menjadi’ juga kau dengan Daniel kan?
B: Itu namanya jodoh kuat. Beronak berliku berduri pun tetap akan bertemu juga.
A: Wah, wah, wah. Orang sastera ini, di mana-mana pun akan mudah bermadah. Hehe. Eh , bagaimana dengan cerpen kau yang tak habis tulis itu? Dah ada ending kah?
B: Tak ada ending. Penulisanku terhenti di situ. Aku dah bersara daripada dunia penulisan kreatif.
A: Bersara? Aku salah dengar ke ni? Bukan kah menulis adalah jiwamu?
B: Tapi aku dah berniat, aku akan bersara selepas berkahwin. Ini juga janji aku pada Daniel.
A: Hebat betul kuasa cinta kan? Kau sanggup tinggalkan bidang yang kau minat demi dia.
B: Apabila sampai waktu, kita akan jemu dengan benda yang selalu kita buat dan amat kita minati. Sampai satu saat bila kita rasa jemu, kita akan tinggalkan.
A: Ye. Betul tu. Tapi kau jangan jemu pula dengan Daniel. Bahaya itu.
B: Uish. Suami isteri lain cerita lah.
A: Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Doaku sentiasa mengirimu selalu.
B: Ameen. Terima kasih Adryanna. Doaku juga sentiasa mengirimu selalu.

Kedua-dua sahabat berpelukan bersama titisan airmata.

Tamat.

Ya dah tamat dah rangka cerpen atau kartun berjudul ‘Penulisan yang Terhenti’ini. Bilakah cerpen sebenar akan di create? Tidak tahu.....

6 comments:

amin said...

wah.. habis pun.. Leh masuk lam antologi n cerpen nih.. nak tak? Cadang nak wat kompilasi komik n penulisan dgn ust nasrul nanti. Cadang nak pelawa jadi penulis.. nak terima tak? hehe..

Buat pertama kali cadangan untuk menggabungkan dunia pelukis dan penulis di Mesir..

Cerita ni pun best.. (n_n)v

hitsaguya toshirou said...

Haha, terima kasih kerana sudi membaca sampai habis. weeee~

Tapi boleh ke cerpen berbentuk dialog ni masuk dalam antalogi? Adehh.

Kompilasi? bunyi macam menarik tu, hehe. Tapi kena ada orang pakar menilai dulu cerpen saya layak atau tidak. hahah.

hitsaguya toshirou said...

Eh, silap author. Maaf, saya tak guna akaun Seimura. ngeee. Tapi orang yang sama yg balas ni walaupun nama lain. aduyai..

aminmenulis said...

Kena olah sikit la lepasni, mungkin kena edit dll. Suh la senior2 chek.. Ustzh Lailati Mahat ke, sammaituha najwa, kan ramai penulis kat mansurah tu.. hehe..

Haah, kompilasi menarik, sambil membaca penulisan leh baca komik.. so, dapat dua2.. ok tak idea tu.. nanti pas exam nak bincang.. so, bersiap sedia lah.. hehe..

Seimura said...

Ohh macam tu. Hehe. Nama-nama tu dah balik Malaysia dah. hehe.

Err..bersiap sedia untuk apa pula ni ye? uhuk.

aminmenulis said...

Memang la dah balik mesia, tp leh je kan suh diorang baca kat blog? hehe..

Bersiap sedia untuk menjadi salah seorang penulis projek tersebut. Haha..