Blog ini milik aku iaitu Seimura. Blog khas untuk penulisan kreatifku yang tak berapa nak kreatif sangat. Semua cerita adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati kecuali pada label 'kisah silam'.

Monday, January 24, 2011

Lepaskan Dia Pergi

Lepaskan Dia Pergi

Mungkin sudah tiba masanya
Saatnya
Melepaskan dia pergi
Relakan perpisahan ini

Dia bukan untukmu
Jangan dikesal

Bukan perpisahan yang aku sesalkan
Namun pertemuan yang aku sesalkan
Mengapa mesti bertemu dahulu
Mengapa mesti memulakan

Kenangan biarkan berlalu
Pasti ada yang lebik baik untukmu
Allah sentiasa ada di sisimu
Jangan kau rasa ragu 

Lepaskan dia pergi
Buat terakhir kali

Lepaskan dia pergi
Bawa bersama rasa yang mati

Lepaskan dia pergi
Padamkan memori

Lepaskan dia pergi
Relakan hati

Lepaskan dia pergi
Tidak akan bertemu lagi

Kau harus kuat
Kau harus cekal
Kau harus tabah

Hanya kau yang mampu
Melawan nestapa
Biarkan ia berlalu
Ditelan masa 



Thursday, January 13, 2011

Penulisan yang Terhenti 4 (bahagian akhir)

Sambungan rangka cerpen/ kartun.

Nama watak;
A: Adryanna
B: Balqis
C: Qamar
D: Daniel

B: Hahahah. Aku dah cakap dah, janji lelaki bergelar ‘ustaz’ memang tak boleh pakai. Haprak!
A: Tak baik kau cakap macam tu. Bukan semua ustaz seperti itu.
B: Betul apa aku cakap ini bukan? Kau tengok lah si poyo Qamar ni. Hari tu bukan main bersungguh lagi nak kat aku kononnya. Janji macam-macam. Tak alih-alih bila dia balik Malaysia, dah nak kahwin dengan orang lain. Tarikh kahwin sama dengan tarikh konvo kita pulak tu. Alahai.. Memang betul haprak lagi hampeh.
A: ……..
B: Nasib baik lah aku tak terus jatuh cintan dengan ustaz poyo ni. Kalau tak, merana dan kecewa lah aku. Aku macam nak post kat blog je dengan tajuk entry, ‘Usah Mudah Terpedaya dengan Janji Manis Lelaki Title ‘Ustaz’. Amacam? Mesti gempak punya.
A: Kau janganlah buruk-buruk kan pelajar agama sedemikian rupa di blog. Apa pula persepsi masyarakat nanti. Blog kau itu ramai followers.
B: Mana ada aku buruk-buruk kan. Aku hanya nak berpesan kepada gadis-gadis, jangan mudah terpedaya, perlu berhati-hati. Bukan aku nak sebut nama pun. Aku cakap umum.
A: Ikut kau lah. Tapi penulisan kau jangan terlalu sinis dan prejudis.
B: Hmm. Tengok lah dulu macam mana. Haha.
A: Aku nak keluar ni beli barang nak bawa balik Malaysia. Kau nak ikut tak?
B: Tak mahu lah. Aku nak sambung penulisan aku yang terhenti. Dah berapa bulan tersadai tanpa sambungan.
A: Oh. Apa tema nya?
B: Tema apa lagi? Tema cinta la. Cerita cinta kan paling dapat sambutan walaupun kadang-kadang tak logic.
A: Latar belakang?
B: Malaysia. Bukan cinta sesama azhari di Mesir. Dah ramai budak kita buat. Boring la. Klise.
A: Ye ke? Boring sebab kita sesama azhari, sama-sama duduk Mesir. Tapi kalau pembaca yang bukan belajar atau duduk di sini, mereka tak boring. Suasana kan lain?
B: Apa-apa saja lah. Bila nak keluar ni? Nanti balik belikan aku tokmiyah dua geneh. Terima kasih. (sambil senyum dan kelip-kelipkan mata).
A: Yelah. Insya-Allah, aku keluar dulu. Assalamualaikum.
B: Waalaikumussalam.


 **************************************************

C: Saya pun tak sangka akan jadi begini, ustazah.
A: Tak mengapa lah. Ini semua sudah tertulis. Ini juga takdir. Allah sebaik-baik perancang.
C: Tapi saya rasa sangat malu dan bersalah terhadap Ustazah Balqis kerana saya yang beria-ia mahu mengkhitbah dia hari tu.
A: Jangan lah rasa bersalah. Dia pun bukan beri jawapan pun kan?
C: Memang betul dia masih tak beri jawapan. Tapi saya tetap rasa sangat malu. Mesti dia sedang mengejek atau mentertawakan saya.
A: Tidaklah. Dia bahagia dengan life dia. Dia sedang sibuk menulis sekarang ini. Langsung tidak ambil peduli atau berbicara tentang ustaz.
C: Ustazah, saya mahu minta tolong beberapa perkara. Boleh ke?
A: Insya-Allah boleh. Apa dia tu?
C: Pertama, tolong rahsiakan tentang liqa’ sebelum-sebelum ini. Saya juga rasa segan dengan Ustaz Hisyam dan Ustazah Elisya.
A: Janganlah risau. Memang perkara itu menjadi rahsia kita berlima sahaja. AJK UBM yang lain pun tak tahu. Selagi belum ada penerimaan dan persetujuan, selagi itu dirahsiakan.
C: Terima kasih ustazah. Yang kedua. Tolong sampaikan salam kemaafan saya kepada Ustazah Balqis. Saya tak berdaya dan tak mampu nak menegur dia di YM. Tiada kekuatan. Kerana rasa bersalah masih membelenggu diri.
A: Insya-Allah saya akan sampaikan.
C: Terima kasih, ustazah. Doakan saya dimudahkan segala urusan. Saya juga mahukan doa daripada Ustazah Balqis.
A: Saya akan sampaikan permintaan ustaz itu. Saya juga doakan ustaz. Selamat menempuh alam baru. Jadilah suami yang soleh dan bertanggungjawab.
C: Insya-Allah. Terima kasih juga atas doanya.
A: Sama-sama. Ada apa-apa lagi ke ustaz? Kalau tak ada, saya minta diri dahulu.
C: Oh, tak ada apa lagi. Terima kasih ustazah. Minta maaf ambil masa ustazah untuk chat dengan saya.
A: Oh, tak apa. Permisi dulu. Assalamualaikum.
C: Waalaikumussalam.


 ****************************************

 
A: Kenapa termenung?
B: Aku tengah buntu ni.
A: Aik? Buntu kenapa?
B: Cerpen aku masih terbengkalai tak siap lagi. Dah putus idea la pula. Idea, idea, datanglah. (sambil mengetuk-ngetuk kepala dengan tangan).
A: Haha. Habis tu, kau ingat dengan ketuk kepala sendiri idea boleh muncul lah?
B: Mana lah tahu kan? Kalaulah hantuk kepala ke dinding pun boleh keluar idea, aku sanggup benjol sana-sini. Ceh.
A: Haha ye lah tu. Kau cerita sikit synopsis cerpen kau itu, mana tahu aku boleh cadang idea best? (sambil mengerdip-kerdipkan mata dan senyum penuh yakin).
B: Betul kau nak tolong? Ok macam ini sinopsisnya. Ada seorang gadis baru clash dengan kekasihnya. Datang seorang lelaki mahu melamarnya tapi lelaki ini suami orang. Gadis ini tak mahu terima. Rupa-rupanya lelaki itu telah bercerai, cuma proses mahkamah sahaja belum selesai. Jadi si gadis pun terima lah cinta si duda. Tak lama kemudian si duda lama menyepi, lost cantact selama beberapa bulan. Si gadis kecewa lagi. Tak lama selepas itu kekasih lama kembali mahu menyambung semula ikatan yang telah putus. Si gadis yang masih ada rasa sayang terhadap bekas kekasih, menerima semula. Mereka merancang berkahwin setahun lagi. Tetapi tanpa disangka si duda kembali mencari si gadis, meminta maaf kerana menyepi dan mahu teruskan hubungan. Persoalannya sekarang, siapakah si gadis akan pilih? Part ini yang aku dah terputus idea. Tin-tong!
A: Wow! Kompleks juga cerita cinta ini. Soalan tak ada kena mengena, gadis itu cantik kah? Dan kedua-dua lelaki itu kacak kah? Wink wink. (sambil angkat-angkat kening).
B: Oh mestilah cantik. Dan lelaki pun dua-dua handsome. Hoho.
A: Aku ada idea. Tapi mungkin agak kejam. Kau nak dengar ke?
B: Apa dia? Bagitahu dulu.
A: Apa kata kau ‘matikan’ salah satu watak lelaki. Meninggal dunia akibat kanser ke, kemalangan jalanraya ke.
B: Ouch.. Memang agak kejam idea kau itu. Tapi boleh pakai jugak.
A: Heheh.
B: Tapi boleh tak kalau gadis itu yang ‘mati’?
A: Aduh, kasihan banget deh. Sad ending. Mesti pembaca akan rasa frust.
B: Itu la pasal. Semua orang pun mesti nak happy ending. Tapi kalau ada yang mati, memang kasihan kot? Tak ada idea lain ke wei?
A: Adeh. Susah jugak nak buat pilihan tu. Kalau kau jadi gadis itu, kau pilih siapa?
B: Hmm.. aku pun tak tau. Hehehe.
A: Itu lah aku cakap, kena ‘matikan’ salah satu watak, baru adil.
B: Adil? Tak sampai hati la kau tahu tak?
A: Habis tu?
B: Nampaknya memang betul penulisan ini akan terhenti di sini. Tiada sambungan. Huhu.
A: Mungkin kau kena jalan-jalan ke Sungai Nil ke, mana tahu idea boleh datang? Heheh.
B: Hmm. Mungkin juga.


 *************************************************


B: Maksudnya?
D: Aku mahu kau berhenti menulis cerita cinta. Tak ada faedahnya. Lainlah kalau tulisan ilmiah, tak apa lah juga.
B: Tapi..
D: Kenapa? Kau takut kehilangan peminat dan pembaca setia?
B: Bukan.
D: Habis tu?
B: Berikan aku masa untuk berfikir dan buat keputusan.
D: Suka hati lah. Masa tidak menunggu kita, tapi kita yang perlu mengejar masa.


****************************************************************


A: Tahniah Balqis. Akhirnya ‘menjadi’ juga kau dengan Daniel kan?
B: Itu namanya jodoh kuat. Beronak berliku berduri pun tetap akan bertemu juga.
A: Wah, wah, wah. Orang sastera ini, di mana-mana pun akan mudah bermadah. Hehe. Eh , bagaimana dengan cerpen kau yang tak habis tulis itu? Dah ada ending kah?
B: Tak ada ending. Penulisanku terhenti di situ. Aku dah bersara daripada dunia penulisan kreatif.
A: Bersara? Aku salah dengar ke ni? Bukan kah menulis adalah jiwamu?
B: Tapi aku dah berniat, aku akan bersara selepas berkahwin. Ini juga janji aku pada Daniel.
A: Hebat betul kuasa cinta kan? Kau sanggup tinggalkan bidang yang kau minat demi dia.
B: Apabila sampai waktu, kita akan jemu dengan benda yang selalu kita buat dan amat kita minati. Sampai satu saat bila kita rasa jemu, kita akan tinggalkan.
A: Ye. Betul tu. Tapi kau jangan jemu pula dengan Daniel. Bahaya itu.
B: Uish. Suami isteri lain cerita lah.
A: Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Doaku sentiasa mengirimu selalu.
B: Ameen. Terima kasih Adryanna. Doaku juga sentiasa mengirimu selalu.

Kedua-dua sahabat berpelukan bersama titisan airmata.

Tamat.

Ya dah tamat dah rangka cerpen atau kartun berjudul ‘Penulisan yang Terhenti’ini. Bilakah cerpen sebenar akan di create? Tidak tahu.....

Saturday, January 8, 2011

Penulisan yang Terhenti 3

Sambungan rangka cerpen/ kartun.

Nama watak;
A: Adryanna
B: Balqis
C: Qamar
D: Daniel
E: Elisya
F: Fuad
H: Hisyam
I: Imelda


B: Oh macam itu ke?
C: Ya. Saya berjanji, ustazah. Andai benar ustazah jodoh saya, saya tak akan sia-siakan ustazah. Saya akan bawa ibu bapa saya datang rumah ustazah berbincang dengan ibu bapa ustazah. Semuanya akan diuruskan setelah kita pulang ke Malaysia nanti. Kita sama-sama tahun akhir. Insya-Allah kita akan bernikah di Malaysia, bukan di sini. Saya janji akan melakukan yang terbaik. Saya akan menunggu jawapan ustazah. Berapa lama pun saya sanggup tunggu.

“Hehehe. Jangan mudah berjanji, ustaz.” Balqis gelak sinis seolah mengejek. “Jangan mudah melafaz janji. Takut-takut tidak tertunai nanti.” Sambung Balqis sambil merenung tepat ke mata Qamar. Kemudian menunduk memandang lantai. Kedua-dua belah tangannya menggenggam dengan kuat kaki jubahnya menahan rasa marah dan sebak.

Qamar berkata, “Err.. maafkan saya ustazah. Saya...”

“Lelaki memang mudah berjanji tetapi akhirnya memungkiri. Munafik!” Balqis memintas cakap Qamar dengan nada penuh emosi dan marah.

Elisya dengan pantas menghampiri dan memaut bahu Balqis. “Bertenang, Balqis. Jangan bercakap ikut perasaan.” pujuk Elisya menenangkan Balqis.

Adryanna hanya diam membatu di tempat duduknya tidak berganjak. Qamar juga kehilangan kata-kata. Agak terkejut lantas hanya diam tidak berani bersuara.

“Biarkan dia, Elisya. Biarkan dia luahkan apa saja yang terbuku di hatinya. Mudah-mudahan dia akan merasa lebih lega.” Hisyam berkata dengan penuh diplomasi.

Airmata Balqis mula bergenang. Hatinya sangat sakit. Tidak rela mendengar lagi janji-jani yang belum pasti. Terkenang pada kasih dulu yang juga berjanji macam-macam namun kesudahannya? Hampa.

“Saya nak balik. Ini adalah liqa’ terakhir. Selepas ini saya tak mahu lagi. Assalamualaikum semua.” Ujar Balqis lalu bangun meninggalkan yang lain terpinga-pinga.


***************************
Beberapa bulan kemudian.

Lokasi: Rumah Adryanna dan Balqis. Dalam bilik Balqis.

A: Kau tahu tak Qamar balik Malaysia malam ini? Satu flight dengan Dania rasanya.
B: Oh, tahu. Dania ada bagitahu. Kita pun nak hantar Dania nanti kan?
A: Kau tak ada berhubung dengan Qamar?
B: Hmm. Last contact sebelum exam syafawi tempoh hari.
A: Kau masih belum beri jawapan?
B: Dia tak ada tanya. Aku pun, diam-diam sudah.
A: Kau jadi ke nak balik lepas konvo?
B: Insya-Allah. Cuma belum ada tarikh lagi. Kau pula, memang nak balik lepas raya haji ke?
A: Insya-Allah. Maklumlah, tahun last, balik lambat sikit la. Lepas ini belum tentu ada peluang lagi nak jejakkan kaki di bumi Mesir ini.
B: Mak kau tak kisah ke kau balik lambat ni? Dah la Aidilfitri raya di sini, AidilAdha pun sama.
A: Hmm. Kesah lah jugak kot. Tapi aku pandai-pandai lah pujuk mak aku. Hehe.



 **************


Lokasi: Salah sebuah restoran di Kuala Lumpur.

F: Hei, awek kau bila nak balik Malaysia? Dia dah habis belajar kan?
D: Katanya nak tuggu konvo.
F: Konvo bila?
D: Entah. Bulan depan rasanya.
F: Oh, tak lama lagi lah. Aku macam dah bau-bau nasi minyak ni. Bila agaknya ye? (sambil mengenyit mata kea rah Daniel).
D: Eleh, cakap orang konon. Kau dengan budak Alex tu bila lagi?
F: Oh, kami rancang kahwin pertengahan tahun depan. Lama lagi. Kau tu, kena cepat-cepat, takut nanti si dia disambar orang.
D: Ada aku kisah? Ramai lagi perempuan lain di Malaysia ini. Bukan dia seorang.
F: Haih. Lain macam je ayat kau ni. Kenapa? Clash lagi kah?
D: Dah la. Tak payah cakap pasal ni. Bosan.
F: Ingat Daniel. Perempuan memang ramai daripada lelaki sekarang, bersepah, boleh pilih mana suka. Tapi perempuan yang benar-benar terjaga segalanya bukan ramai. Kau faham kan maksud aku?

Daniel terdiam. Betul juga kata Fuad. Tetapi..


 **************


Lokasi: Balai tiba, KLIA.

Qamar menyorong troli berisi bagasi-bagasinya keluar daripada pintu. Kelihatan kedua orang tuanya melambai-lambai ke arahnya. Namun sedikit kepelikan menerpa fikirannya, ada lagi satu famili yang bukan dari kerabatnya turut ada.

Setelah bersalaman dan berpelukan dengan ibu bapanya, dua keluarga itu meninggalkan KLIA dan singgah di sebuah kedai makan untuk menikmati makan malam. Qamar rancak bercerita. Ibu dan ayahnya juga tidak berhenti bertanya macam-macam.

Malam itu, sebaik sahaja Qamar merebahkan badan di katil, dia menerima satu panggilan telefon.

C: Helo, Assalamualaikum.
I: Waalaikumussalam. Maaf Qamar, mengganggu. Imelda ni.
C: Oh, tak apa. Nak cakap apa?
I: Hmm.. pasal perbincangan orang tua kita tadi.. saya..
C: Kenapa awak tak bagitahu saya awal-awal pasal pertemuan tadi? Nak buat surprise la konon?
I: Bukan. Saya cuba hubungi awak tapi tak dapat.
C: Hai. Kan awak ada emel saya? Tak boleh bagi emel?
I: Maafkan saya.
C: Kenapa awak muncul semula dalam hidup saya? Bukankah awak dah ‘buang’ saya dulu?
I: Maafkan saya. Dulu saya mahu mengejar cita-cita saya. Saya terpaksa membuat hanya satu pilihan.
C: Imelda. Saya pun tak paksa awak pilih saya. Tapi adakah wajar awak terus putuskan hubungan dengan saya dan menghilang begitu sahaja? Saya ini tunggul?
I: Saya tak dapat berfikir dengan matang pada waktu itu. Bila kehilangan awak, baru saya tersedar yang saya..
C: Sudah terlambat Imelda.
I: Qamar, adakah sudah hilang terus rasa kasih awak terhadap saya? Tak kan boleh hilang dengan mudah? Kita kenal dah lama. Dah macam ahli keluarga. Saya rapat dengan parents awak, awak pun rapat dengan parents saya.
C: Ye. Kalau bukan kerana keakraban orang tua kita, tak mungkin saya akan terima awak kembali. Tapi kini segalanya dah berubah. Dah empat tahun berlalu. Sangat lama. Tak kan lah awak masih tak punya pengganti?
I: Hati saya masih tak berubah. Hanya ada awak dalam hati saya, saya tak boleh terima orang lain. Qamar, adakah awak telah menemui gadis lain di Mesir?
C: Awak tak perlu tahu.
I: Kalau hati awak bukan lagi pada saya, terus terang sahaja. Andai awak telah melamar orang lain, jangan sembunyikan daripada saya. Saya akan cuba terima hakikat. Dan saya juga akan terangkan kepada orang tua kita. Tapi saya masih jua berharap masih ada peluang untuk saya menakluk hati awak semula.
C: Saya tak mahu cakap pasal ini. Saya sangat penat ni, baru sampai. 12 jam dalam flight sangat meletihkan. Saya nak rehat. Maaf. Selamat malam. Assalamualaikum.
I: Baiklah. Waalaikumussalam.

 Bersambung. apakah yang akan terjadi seterusnya? cuba teka. jeng jeng jeng..

Friday, January 7, 2011

Penulisan yang Terhenti 2

Assalamualaikum. Ini adalah rangka cerpen/ kartun sambungan daripada entry yang lepas. Nama-nama watak utama adalah seperti berikut;
A = Adryanna
B = Balqis
C = Qamar
D = Daniel

Sambungan rangka cerpen/ kartun:-

Suasana sepi seketika. Lantas Ustaz Hisyam yang mengaturkan pertemuan pula bersuara, “Saya rasa cukup setakat ini dulu liqa’ kita. Nampaknya Ustazah Balqis seperti kurang senang dan tak bersedia. Maaf ye semua, mengganggu masa kalian.”


*************************************************************************

D: Habis tu kau ingat aku kat sini main-main sahaja kah?
B: Aku tak cakap pun?
D: Kau jangan terlalu mendesak aku jumpa family kau. Aku tak bersedia lagi.
B: Tak bersedia? Kita kawan dah lama ok? Kalau nak tunggu kau betul-betul bersedia sampai bila? 10 tahun lagi?
D: Tunggu lah kewangan aku betul-betul kukuh. Nanti aku nak bagi kau makan apa kalau tak ada duit?
B: Kau ni memang banyak alasan kot? Dulu alasan kau kata belum habis belajar dan tunggu habis belajar dan dah kerja baru lah kau akan jumpa mak ayah aku. Sekarang ini dah kerja tapi masih tak nak jumpa. Kau ini serius atau tidak sebenarnya?
D: Kau ni tak faham? Aku ini lelaki. Dah tentu aku yang kena tanggung semua perbelanjaan perkahwinan. Lagi pula kau tak kerja lagi. Zaman sekarang ini semua nak pakai duit tahu?
B: Aku bukan cakap pasal duit atau perbelanjaan. Tapi aku cakap pasal bila kau nak datang rumah parents aku, merisik ke apa. Bukan terus ajak nikah.
D: Kau cakap memang senang. Aku yang kena datang rumah kau, bawa parents aku.
B: Apa yang susah? Just cari hari yang sesuai.
D: Tolonglah jangan terlalu mendesak aku.
B: Ini bukan desak tetapi lebih kepada menuntut janji. Kau tak ingat janji-janji kau dulu sebelum kau habis belajar?
D: Dah la aku malas la nak gaduh pasal ini.
B: Ini bukan gaduh tapi berbincang.
D: Aku tak ada mood nak bincang. Nak tidur. Lain lah kau di sana masih awal. Kat sini dah jam 11 malam. Ok. Assalamualaikum.
B: Atau kau dah ada yang lain? Terus terang ok?
D: Apa kau cakap ni? Kau nak tuduh aku ada perempuan lain? Setahu aku, kau itu yang banyak kawan lelaki.
B: Jangan memfitnah aku.
D: Hehehe. Kau nak menafikannya? Kau kan aktif berpersatuan? Dah tentu banyak bergaul dengan ustaz-ustaz.
B: Itu bukan bergaul atau bersosial. Tak pernah pun berbual saja-saja. Berbincang hanya kerana hal kerja. Atau pun hanya semasa meeting.
D: Ah, sama sahaja. Sosial juga. Lain lah aku dulu di Damanhur. Semua lelaki, tak ada perempuan. Memang tak ada langsung bergaul dengan perempuan. Kau di Kaherah, ramai kau boleh jumpa kan?
B: Habis tu kau ingat aku menggatal dengan ustaz-ustaz sini? Nonsense.
D: Siapa tahu kan? Aku mana tahu apa yang kau buat di belakang aku.
B: Kau jangan mudah rasa curiga dengan aku. Aku tak pernah khianat.
D: Hmm. Susah juga nak percaya.
B: Apa lah ertinya lagi kalau kepercayaan kau terhadapku sudah hilang. Cuba berterus-terang. Kenapa kau masih tak mahu bawa parents kau jumpa parents aku, datang rumah?
D: Kan aku dah kata tadi. Aku masih belum bersedia lagi. Aku tahu lah apa aku nak buat. Kau tahu tak lelaki paling benci didesak oleh perempuan?
B: Aku cuma tuntut janji. Sepertinya kau terlalu sayang nak habiskan zaman bujang kot? Kau masih mahu berfoya-foya. Ye lah, dah kerja, jawatan besar, mesti nak enjoy dulu dengan hidup bujang kan?
D: Pandainya kau teka. Ya, aku masih belum puas enjoy hidup bujang. Sebab itu aku tak mahu hantar rombongan merisik dahulu. Puas hati kau?
B: Sampai bila kau nak hidup enjoy membujang itu?
D: Tengoklah setahun dua lagi ke? Kalau kau tak boleh tunggu, kau cari lah orang lain.
B: Apa? Mudahnya kau berkata. Kau lupa janji-janji kau dulu.
D: Manusia kan boleh berubah bila-bila masa sahaja. Eh, dah lah. Aku nak tidur. Bye.

Daniel is offline.

‘Apa? Terus offline? Memang melampau. Sabar, sabar’. Balqis meletak muka di lengan di atas meja. Fikiran dan perasaan berkecamuk. Adryanna memegang bahu Balqis.

A: Kau bergaduh lagi dengan pakwe kau?
B: (Menarik nafas dan menghembus dengan kuat. Kedengaran seperti keluhan). Hmm.. Aku dah penat begini.
A: Bersabarlah. Kepada Allah jua kita meminta dan berharap.
B: Terima kasih Ryn.


*********************************************************************************

Liqa’ kali kedua antara Balqis dan Qamar dengan ditemani Adryanna, Hisyam dan isteri, Elisya.

C: Ustazah dah start buat solat istikharah?
B: Hmm? Dah tapi bukan hari-hari. Tak istiqamah.
C: Oh tak pe. Saya sekadar bertanya.
B: Ustaz buat hari-hari ke?
C: AlhamduLillah. Setakat ini dengan izin Allah saya dapat melakukannya tiap-tiap malam. Moga terus diberikan kekuatan dan kemampuan untuk melakukannya.
B: Nak buat sampai bila? Belum dapat petunjuk ke?
C: Solat istikharah ini tak semestinya bila dah dapat petunjuk kita berhenti buat. Kena terus buat dan buat. Tak boleh putus asa walau belum dapat petunjuk. Dah dapat petunjuk pun masih terus kena buat, bagi menta’kidkan.


Bersambung. Agaga. Jangan marah. Hahahah.

Sunday, January 2, 2011

Penulisan yang Terhenti

Rangka cerpen / kartun

A : Eh, jom kita isi borang Bait Muslim.
B : Huh? Buat apa?
A : Cari calon la. Mana tau dapat bertemu jodoh yang sesuai.
B : Haha. Tak perlu kot? Macam desperate sangat je?
A : Wei, tak ada la macam tu. Just isi. Kalau dah namanya jodoh kita sampai melalui ini, tak boleh nak tolak jugak kan?
B : Heh. Tak nak lah aku. Kau isi je la seorang.
A : Kau ni, rugi tau tak isi. Ustaz-ustaz sini semua belajar agama, Al-Azhar. Kira orang baik-baik la berbanding yang bukan bidang agama.
B : Oh. Adakah kau begitu pasti yang ‘ustaz-ustaz’ sini baik-baik semuanya?
A :Hish kau ni. Ayat bunyi prejudis.
B : Sudahlah. Aku tak berminat.
A : Macam ni la. Walaupun kau dah berpunya ke, dah bertunang ke, isi je borang Bait Muslim tu. Ada ruangan untuk ditanda andai dah ada. Dalam proses? Bertunang? Bujang? Janda? Semua status ada.
B : Hmm malas lah. Tak perlu bagi aku.
A : Ok la terserah. Sekurang-kurangnya Bait Muslim masih ikut batas-batas syariat. Terus kepada tujuan khitbah dan pernikahan. No couple, no cinta sebelum kahwin, no chatting tidak syar’ie, no tempoh kenali hati budi dan macam-macam lagi lah.

B terdiam dan terpana. Dalam hati B ‘wahh macam perli aku je’.

Si A rasa serba salah lantas berkata,

A : Maaflah. Aku tak ada niat..
B : Haha. Its ok la.betul apa kau cakap tu. Tapi walau macam mana pun, aku tetap tidak akan isi borang Bait Muslim okay?
A : Betul kau tak nak isi? Kau tak menyesal?
B : What mean of menyesal? Heh. Aku tak kemaruk atau desperate la. Kalau jodoh dah sampai, tanpa saluran Bait Muslim pun tetap jadi juga. Yang kau ni beria sangat suruh aku isi ni apa hal?
A : Ok cuba bagi 10 sebab kenapa kau tak mahu isi borang Bait Muslim?
B : Wah? Aku wajib jawab soalan kau ini kah? Baiklah aku akan jawab. Dengar baik-baik dan kau boleh catat.
1- aku tak berminat.
2- aku dah ada. Kalau belum ada lagi pun aku memang tak mahu isi borang.
3- data diri terlalu detail. Nak promote diri ke apa?
4- kena letak gambar. Aku tak suka.
5- macam aku cakap tadi, seolah-olah terlalu desperate.
6- tiada privacy. Orang senang-senang boleh tahu maklumat diri kita. Siap ada gambar lagi.
7- macam terlalu promote diri.
8- contoh la kalau ada orang khitbah, nak tolak macam kesian, tapi kita memang tak nak. Kan ke susah jugak tu.
9- andai tolak pinangan, dah mengecewakan pihak satu lagi. Tak kesian ke?
10- aku langsung tak berkenan dengan ‘agen cari jodoh’ sebegini. Noktah.

A : Jawapan kau kebanyakannya bersifat prejudis.
B : Hey tak kan lah kau tak pernah dengar cerita. Borang-borang akhawat yang ditilik ikhwah yang mencari calon. Pilih yang cantik je pula tu. Ustaz jenis apa ye macam ni? Hanya pandang pada rupa? Sebab itu aku sangat tak setuju dengan borang macam ini. Mesti kena ada gambar. Hai entah lah. Prejudis ke apa ke suka hati kau lah nak cakap apa. I say never to that ‘borang’. Sorry.
A : Hmm ok..ok..

Beberapa hari kemudian.

A : Sebenarnya ada seorang ustaz ni nak khitbah kau. Tapi dia nak guna cara Bait Muslim. Isi borang, dan orang aturkan pertemuan.
B : Hah? (muka sinis). Kau bergurau atau buat lawak ni?
A : Aku serius ni menyampaikan niat orang.
B : Haha okay. Siapakah ustaz ‘malang’ itu? Boleh aku tau nama dia?
A : Ada lah. Rahsia. Kau kenal dia.
B : Hmm?? Hahahaha. Boleh tak kau cerita atau bagitahu aku macam mana dia boleh ‘jatuh hati’ kat aku ni?
A : Hehe. Itu kau kena tanya dia sendiri kot?
B : haii. Macam mana la aku nak tanya kalau aku tak tahu siapa orangnya?
A : Oh senang je. UBM boleh aturkan liqa’.
B : Ehh?? Apa maksud kau ni? Tak kan la buat liqa’ tanpa tahu siapa dia? Mana boleh macam tu.
A : Jadi adakah kau berminat andai tahu siapa orangnya?
B : (dalam hati, ‘wahh soalan perangkap ni). Berminat apa maksudnya?
A : Liqa’.
B : Aku tak nak. Just nak tahu siapa orangnya. Then aku tolak je beliau.
A : Hehehe. Kita punya pilihan dan perlu istikharah. Tak semestinya orang yang kau berkawan atau berkasih sekarang ini benar-benar akan jadi suami kau suatu hari nanti. Kau kena ingat tu, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Kalau dah memang bukan jodoh kau dengan pakwe kau sekarang ini, memang tak akan jadi juga.

B diam dan berfikir sejenak. ‘Perlu kah aku setuju untuk hadiri liqa’ tersebut?’

A : So how? Fikir lah masak-masak. Dah dapat keputusan nanti bagi tahu aku.


Seminggu kemudian.

B : Baiklah ustaz. Ada beberapa soalan saya nak tanya. Sila jawab dengan jujur. Boleh kan?
C : Insya-Allah boleh ustazah.
B : Apa yang membuat ustaz tergerak hati nak melamar saya?
C : Oh. Susah juga nak jawab soalan itu. Allah yang gerakkan hati saya. Ciri-ciri wanita solehah ada pada diri ustazah.
B : (tergelak sinis). Heh? Ustaz hanya nampak luaran je tu kan? Ustaz tak tahu lagi sisi gelap saya. Kalau dah tahu pasti ustaz reject saya.
C : Ustazah, setiap insan pasti ada kelemahan dan kekurangan. Begitu juga saya dan ustazah. Insya-Allah saya akan terima seadanya diri ustazah lebih dan kurang, baik dan buruk. Kita sama-sama boleh perbaiki diri kan?
B : Wow. Hahah. (gelak sinis).
C : Ustazah dah ada orang ye?
B : Yup. Dah ada.
C : Adakah dia dah merisik dan meminang? Dah jumpa mak ayah ustazah?

B terkesima sebentar. Perlu ke jawab soalan dia ni?

B : Belum lagi setakat ini. Tapi insya-Allah dalam dua atau tiga bulan lagi. Rasanya saya tak perlu beritahu tentang hal ini pada ustaz kot? Dan ustaz pun macam tak berhak tanya.
C : Maafkan saya ustazah. (sambil menundukkan muka ke lantai).
B : 

**************************************************************************

ouchhh.... masih belum siap. maaf ye. haha. idea ada tapi belum ada kerajinan dan mood mahu menyambung. dah lama tersimpan dalam external hard disk. saja je nak post di sini sempena entry pertama di tahun baru 2011 ini. hihihi. 

ok tata.