Lina : Julia? Are you ok?
Julia : Hm? Aku nampak macam tak ok ke?
Lina : Aku nampak kesedihan pada sinar matamu. Mata tidak menipu Julia.
Julia : ……..
Lina : Come on dear. Jangan bersedih. Cerita lah apa masalahmu. Kongsikan bersama aku. Apa guna aku sebagai sahabatmu jika aku tidak membantu.
Julia : Lina, terima kasih. Aku tahu kau seorang pendengar yang baik. Tapi…
Lina : Kau masih belum bersedia untuk meluahkan? Its ok. Take your time. Aku sentiasa ada untukmu.
Julia : Aku…aku….
Lina : Menangis lah Julia andai itu dapat melegakan hatimu.
Julia : Lina, kenapa ye? Kita usaha sedaya upaya untuk jaga hati dan perasaan orang. Tapi orang langsung tak jaga hati dan perasaan kita. Kenapa manusia begitu kejam?
Lina : Shhh…bertenang. Pedulikan orang sebegitu. La tahzan, Innallah ma’ana. Allah sentiasa bersama kita. Biarkan lah orang lain yang tak jaga hati kita. Tapi Allah sentiasa ada untuk kita. Kita tak perlukan manusia sebegitu. Biarkan dia.
Julia : Ye Lina. Betul kata kau. Allah sentiasa bersama kita. Kenapa pula aku perlu bersedih hanya kerana sikap manusia? Tidak menguntungkan. Dia tidak ada apa-apa sedangkan aku menjeruk rasa.
Lina : Kau dah bertenang sekarang? Lupakan sahaja kisah sedih itu.
Julia : Tapi…
Lina : Tapi?
Julia : Hati jahat aku ini ingin sangat melihat dia menderita. Turut merasai apa yang aku rasa. Apa itu sakit hati dan tersinggung bila disakiti orang lain. Pendendam kah aku?
Lina : Julia, ‘hati jahat’ yang kau katakan itu hanyalah bisikan syaitan. Kau jangan layan perasaan ingin balas dendam itu. Aku tahu kau kuat dan tabah Julia.
Julia : Lina, kadang-kadang aku juga tidak berdaya hadapi dan lalui dugaan perasaan yang amat menyakitkan ini.
Lina : Kembali pada kekasih kita iaitu Allah. Dekatkan diri dengan Allah. Allah sayang kita sebab itulah dia bagi dugaan yang pelbagai demi menguji keimanan kita.
Julia : Aku…aku…
Lina : Julia… Kau mahu dengar satu cerita?
Lina : Cerita apa?
Julia : Begini ceritanya. Pada suatu hari, malaikat bertanya kepada Allah,
“ Wahai Allah, kenapa Kau dengan senang mengkabulkan doa orang-orang kafir sedangkan mereka mensyirikkan-Mu, tidak beriman pada-Mu. Tetapi Kau sangat susah mengkabulkan doa orang-orang Islam yang beriman dengan-Mu dan tidak mensyirikkan-Mu. Aku amat hairan.”
Kau tahu apa Allah jawab pada malaikat yang bertanya?
Julia : Apa yang Allah jawab?
Lina : Allah jawab begini;
“ Aku memberi dengan mudah apa yang orang kafir minta kerana Aku benci dengar suara mereka meminta kepada Aku. Aku tak mahu dengar lagi suara mereka meminta kepada Aku lantas Aku kabulkan terus doa mereka. Aku beri apa sahaja yang mereka mahu. Tetapi aku sangat suka mendengar rintihan hambaKu yang muslim. Aku rindukan suara mereka. Aku mahu mereka meminta berkali-kali kerana Aku mahu mendengar mereka merayu. Kalau Aku kabulkan dengan cepat permintaan mereka, mereka akan berhenti meminta kepada Aku sedangkan Aku sangat rindukan suara mereka meminta, merintih dan merayu pada Aku.”
Julia : Lina, sungguh aku rasa sangat-sangat terharu mendengar ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang malah rindukan suara hamba-Nya yang muslim dan mu’min meminta dan merayu kepada-Nya. Aku sangat-sangat insaf Lina.
Lina : Ya, aku juga menceritakan ini untuk peringatan diriku jua. Kita sama-sama hamba yang lemah. Hanya pada Allah kita bergantung harap.
Julia : Baiklah. Aku perlu lebih kuat. Terima kasih Lina. Kau banyak menyedarkan aku.
Lina : Bersyukurlah pada Allah. Ini semua kehendak Allah. Aku hanya perantaraan sahaja Julia.
Julia : Syukur AlhamduLillah.
4 comments:
perghh..best...menambah semangat beta..
mcm skrip teater la..ko try la wat pastu pentaskan kat KELAP.mesti gempak^_^
Errr tak sangka ada pembaca rupanya ahahaha.
Oh macam skrip teater ke Laila. Ahahahaha. Aku macam nak gelang guling-guling.
Eh silap taip. Gelak la bukan gelang. Adoi.
Post a Comment