Blog ini milik aku iaitu Seimura. Blog khas untuk penulisan kreatifku yang tak berapa nak kreatif sangat. Semua cerita adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati kecuali pada label 'kisah silam'.

Sunday, November 14, 2010

Kerana Kita Milik-Nya




Terduduk dan terpana
Merenung kosong ke hadapan
Pegun dan kaku
Bagai dirantai dan digam

“Dia yang ajak saya ke sini. Dia goda saya dan suruh saya ceraikan isteri saya lalu bernikah dengan dia.”

Hana menoleh ke arah Hanif dengan penuh kaget dan terpinga-pinga. Berani sungguh Hanif berkata sedemikian rupa. Semua orang memandang Hana dengan rasa terkejut bercampur sinis. Semua mata hanya melihat Hana seakan meminta penjelasan. Sunyi.

“Itu fitnah! Bukan saya yang ajak dia ke sini. Saya berada di sini kerana ada kerja. Dia yang tiba-tiba masuk mengganggu saya.” Hana mempertahankan diri. Dalam hati rasa nak tuang asid ke muka Hanif biar cacat seumur hidup. Sabar, sabar.

“Kita masih tak tahu siapa yang berkata benar. Hal ini akan disiasat. Semua boleh beredar.” Encik Syahir bersuara memecah kebuntuan. Semua yang ada dalam bilik mula melangkah keluar. Hana yang sedari tadi masih rasa geram dan tidak berpuas hati menuju ke arah Hanif lalu menolak bahu Hanif dengan kasar seraya berkata, “Hey kau ni kenapa? Sengaja nak jatuhkan aku ke?”. Hanif hanya tersenyum sambil mengangkat kening, “So kau nak bertumbuk? Kita tengok siapa yang akan menang dalam permainan ini nanti”. kata Hanif dengan angkuh lalu meninggalkan Hana.


“Aku berani bersumpah yang aku berkata benar. Dia yang fitnah aku. Aku tak tahu apa motif sebenar dia”. Rungut Hana kesal. Surat perletakan jawatan telah diserah kepada Pengarah. Hana dinasihatkan meletak jawatan. Itu lebih baik daripada dibuang kerja kerana masalah disipilin. Dina memaut bahu Hana memujuk, “Sabarlah Hana. Aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini. Jangan dikesalkan apa yang telah berlaku”. Hana masih merenung lantai. “Aku tak akan maafkan dia. Aku doakan perkara buruk akan menimpa dia. Biar dia dapat balasan kerana menganiaya aku!” Terpacul kata-kata dari mulut Hana. Dina terkejut besar lantas berkata, “Astaghfirullah Hana. Kau jangan doakan yang buruk untuk orang. Macam mana kalau betul-betul berlaku?”


Berita yang baru didengarinya benar-benar mengejutkan. Segalanya begitu pantas berlaku. Lantas teringat kata-kata Dina petang semalam, hari ini telah pun terjadi. Dia rasa menyesal. Sangat-sangat menyesal. Dia masih kebingungan. Seakan tak percaya.  Perasaan sebak, takut, bersalah, sesal bercampur-baur. Matanya mula berkaca-kaca. ‘maafkan aku Hanif..’

“Cik Hana? Awak ok ke?”. Hana baru tersedar bila bahunya digoncang. Dia melihat ramai insan mengerumuninya. Baru dia sedar yang dia masih terduduk melutut sejak tadi kerana terlampau terkejut mendengar panggilan telefon daripada Dina. “Saya.. saya ok. Terima kasih.” Berkelip-kelip mata Hana menahan airmata daripada jatuh. Tiba-tiba dia nampak sesuatu. “Encik, boleh saya pinjam sekejap akhbar yang encik pegang tu?”

LELAKI MAUT DALAM NAHAS LANGGAR LARI

Kuala Lumpur – Seorang lelaki maut dalam nahas langgar lari malam tadi. Muhammad Hanif Hazri, 27 yang dalam perjalanan pulang ke..

Hana tak mampu meneruskan pembacaan. Terus terduduk dan menangis. ‘Maafkan aku, aku tak berniat. Ampunkan aku Ya Allah. Kenapa aku jahat sangat? Ya Allah, berikan aku kekuatan..’

Tamat


Karya asal : Seimura